FAQ

Soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab sekiranya yang berkaitan sahaja.  Sebarang pertanyaan yang tidak munasabah, pihak Novella ZONE tidak akan dapat membantu menjawab soalan anda.

1. Bagaimanakah urusan jual beli?
- Pengunjung membuat tempahan melalui email beserta dengan butiran yang dikehendaki.
- Pihak Novella Zone akan mengesahkan tempahan diterima. 
- Pihak Novella Zone akan menghantar e-mail mengenai cara-cara pembayaran dan jumlah pembayaran. 
- Pihak pelanggan menerima email daripada pihak Novella Zone dan  seterusnya membuat pembayaran     dan mengesahkan pembayaran kepada pihak Novella Zone.
- Pihak Novella Zone menerima pembayaran dan mengesahkannya. 
-  Pihak Novella Zone memproses tempahan seterusnya mengeposkannya. 
- Untuk maklumat lanjut, sila klik link yang diberi NOVELLA ZONE

2. Adakah harga yang tertera sudah termasuk dalam kos pengeposan?
Harga yang tertera tidak termasuk kos pengeposan. Kos pengeposan adalah ditanggung oleh pembeli.

3. Adakah Novella Zone berurusan dengan pelanggan daripada luar Malaysia?
Novella Zone tidak menjalankan urusan dengan pelanggan daripada luar Malaysia.  Ini kerana kos pengeposan untuk luar daripada Malaysia adalah mahal.  Jikalau anda yang berada di luar Malaysia mahu berurusan dengan Novella Zone, maka segala kos pengeposan adalah ditanggung sendiri oleh pihak anda.

4. Bagaimanakah pihak Novella Zone melakukan proses penghantaran kepada pembeli? 
Pihak Novella Zone menggunakan khidmat Pos Malaysia Berhad melalui Pos Laju / Pos Ekspres. Sila rujuk link INI.

5. Bagaimanakah jika buku yang ingin ditempah telah kehabisan stok?
Sila hubungi kami melalui email atau melalui borang ini : NOVELLA ZONE

6. Apakah yang akan terjadi jika saya telah membuat tempahan dan tidak membuat pembayaran dalam masa 7 hari?
Setiap tempahan yang melebihi 7 hari dan anda masih belum membuat pembayaran, maka tempahan tersebut akan dianggap terbatal. Jikalau anda ingin mendapatkan buku tersebut, sila buat tempahan yang baru dan bayar dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.