Showing posts with label ALAF 21. Show all posts
Showing posts with label ALAF 21. Show all posts

HEBATNYA SUSU IBU

HEBATNYA SUSU IBU
RM 23.00  

Pengarang : Rita Rahayu Omar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-639-9
Mukasurat : 208 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai.
Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI

BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI
RM 18.00 


Pengarang : Ustaz Emran Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0367-6
Mukasurat : 408 Halaman
Status Stok : ADA







SINOPSIS :
 
SAAT tangan dijabat, harapan suci terlukis di jiwa. Hati melakar impian indah hidup bahagia bersama ke akhir hayat. Saat doa diaminkan, kalbu terasa sayu. Tekad dipahat... syurga ini akan dipertahankan walau apa pun jua dugaan mendatang. Namun...

“Aku ceraikan kau dengan talak....” Jelas terngiang ucap lafaz itu. Pedih!
“Ya... kami berpisah akhirnya...” Sayu, hiba dan kesal berbaur satu.
Sekelip mata, dunia bertukar gelap. Ada yang tersungkur, terjatuh atau terduduk. Lidah menjadi kelu secara tiba-tiba. Sesungguhnya, perceraian adalah satu hakikat yang amat menyedihkan dan terlalu getir untuk diterima.
Tapi... benarkah begitu keadaannya? Pernahkah terfikir yang perceraian itu sebenarnya merupakan satu peluang keemasan buat mereka untuk memperbaiki jati diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan? Pernahkah terlintas di minda bahawa perceraian itu sebenarnya membawa hikmah yang mereka gagal untuk memahaminya?
BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI amat sesuai sebagai santapan jiwa buat mereka yang bercelaru akibat kecundang... sama ada diceraikan atau menceraikan. Ingatlah... perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah dikecapi bersama. Yakinlah... ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda.

Isi kandungan Menarik
• Cari Ketenangan Diri
• Hidup Ini Penuh Ujian
• Perceraian Dalam Islam
• Mengapa Bercerai Muda?
• Anakku Disihir Orang!
• Anak dan Isteri Sebagai Amanah
• MasalahTidak Akan Pernah Hilang
• Hadapi Perceraian Dengan Hikmah
• Kita Bukan Phoenix yang Bangkit Dari Api!
• Perkahwinan Bukan Jaminan Kelangsungan Cinta
 

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI
RM 18.00 

Pengarang : Zuhriah Mohamad Juoi
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0368-3
Mukasurat : 400 Halaman
Status Stok : ADA







SINOPSIS :
 
Aku Terima nikahnya… Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa, menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.
Namun, lumrah hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon ketenangan.

TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001 rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.

BACALAH ATAS NAMA KASIH

BACALAH ATAS NAMA KASIH
RM 17.00

Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman & Noraslina Jusin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0357-7

Mukasurat : 344 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Kebahagiaan... menjadi impian setiap insan lebih-lebih lagi dalam melayari bahtera cinta. Kehadiran suami dan permata hati umpama magnet yang melengkapkan lagi hari-hari dilalui, seterusnya menjadikan hidup dibasahi cinta. Pastinya bukan hanya cinta yang dicari, tetapi titis keredhaan ILAHI.

`Jangan salah didik, jangan silap asuh. Kelak murka ALLAH tak mampu kita tempuh!’ Itulah lakaran warna-warni kehidupan yang digarap oleh Ustaz Zaharuddin bersama `ummi’ tercinta. Pengisiannya adalah untuk mencari kebaikan, saling berusaha mencari kesempurnaan, moga akan terlahirlah mukmin sejati, meraih cinta dan kasih ILAHI.

Antara yang menarik:

• Muhasabah Cinta
• Anugerah Hidayah
• Surat Cinta, Suara Cinta
• Engkau Terbaik Untukku
• Qurratu’ayun... Ayat Cinta Kami
• Seharum Kasihmu
• Antara Dua Cinta
• Pengalaman Iman
• Dari Bicara, Hadir Percaya
• Menyemai Kasih Menyubur Sayang

FAMILI HARMONI

FAMILI HARMONI
RM 7.00

Pengarang : Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-8603-22-5
Mukasurat : 72 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

SETIAP orang inginkan kebahagiaan. Bahagia menjadi seorang suami atau isteri, bahagia menjadi datuk atau nenek, bahagia berpoligami hinggalah bahagia menjadi sebahagian anggota masyarakat.
Namun, pada saat ini ramai di kalangan masyarakat masih keliru malah tidak tahu bagaimana cara melahirkan keluarga bahagia ini. Hanya golongan yang benar-benar beriman sahaja akan dapat mencapai tahap kebahagiaan maksimum berpandukan al-Quran dan sunnah.
Buku ini membahaskan beberapa topik penting untuk melahirkan generasi bahagia bermula dari diri hinggalah kepada anggota masyarakat. Dalam membentuk keluarga bahagia ini, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing. Jika tidak, kebahagiaan tidak akan berhasil.
Perbahasan ringkas bagi setiap topik dan pengolahan bahasa yang mudah difahami mampu memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada masyarakat bagaimana cara melahirkan keluarga dan masyarakat harmoni.

WANITA YANG DIRINDUI SYURGA

WANITA YANG DIRINDUI SYURGA
RM 11.00

Kompilasi : Majalah dara.com
ISBN : 978-967-86-0350-8
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat : 240Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, mereka itu pasti akan masuk ke syurga dan tidak akan dianiaya walau sedikit pun.” – Surah an-Nisa’: 124

ALLAH yang Maha Adil telah menjanjikan syurga kepada semua hamba-NYA dengan syarat mestilah beriman dan ikhlas melakukan amal soleh. Insan yang mengorbankan jiwa raga demi menegakkan kebenaran Islam yang suci akan diberikan kedudukan yang tinggi lagi terpuji di sisi-NYA. Meski diuji dengan pelbagai azab yang dahsyat, namun keyakinan kepada ALLAH S.W.T tetap tidak goyah.

43 orang srikandi Islam yang dipaparkan ini terdiri daripada isteri-isteri dan anak Rasulullah s.a.w, isteri Khulafa ar-Rasyidin serta wanita terbilang yang hidup pada zaman baginda. Meskipun jasad mereka telah terkubur, namun segala keperibadian mulia wanita solehah ini terus dikenang kerana teguhnya diri menyayangi Islam. Sama-samalah kita jadikan kekentalan iman dan pengorbanan srikandi ini sebagai teladan dalam melayari kehidupan.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
Demi Cinta Zainab
Maryam Puteri Imran
Kisah Balqis Ratu Saba’
Keutuhan Iman Masyita
Asiah Isteri Firaun yang Beriman
Kisah Aminah Bunga Mawar Quraisy
Fatimah yang Hidup Penuh Kesederhanaan
Diseksa Tidak Mengubah Pendirian Zinnirah
Khadijah Penyuntik Semangat Rasulullah s.a.w
Naelah Gadai Nyawa Demi Khalifah Uthman al-Affan

WANITA STATUS SOSIAL & UNDANG-UNDANG ISLAM

WANITA STATUS SOSIAL & UNDANG-UNDANG ISLAM
RM 10.00

Penulis : Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail
ISBN : 978-967-86-0337-9
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat : 320 Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
WANITA merupakan ciptaan istimewa daripada Yang Maha Agung, di mana mereka mempunyai pengaruh yang besar bagi setiap insan bernama lelaki. Ironinya, kedudukan mereka se belum kedatangan Islam telah diabaikan tanpa pembelaan yang sewajarnya.Wanita: Status Sosial dan Undang-undang Islam, me nyingkap hujah dan pendapat dari pada ulama terdahulu dan kontemporari berkenaan kedudukan wanita dari kaca mata Islam. Seterusnya, menjelaskan status wanita dalam perundangan Islam dan pelaksanaan hukum TUHAN ke atas mereka sebagaimana yang telah dinyatakan secara terang dari wahyu-NYA iaitu al-Quran dan sunnah.
Sesungguhnya, ALLAH menciptakan wa nita bukan dari kepala untuk dijunjung. Dan bukan pula dari kaki untuk dipijak, tetapi dari rusuk lelaki untuk disayangi. Semoga setiap perkataan yang disampaikan melalui buku ini mampu memberi ke sedaran akan
status sebenar seorang wanita sebagai mana yang telah ditetapkan seiring dengan perundangan Islam yang maju dan ber maruah tinggi.
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.