Showing posts with label CREATIVE ENTERPRISE. Show all posts
Showing posts with label CREATIVE ENTERPRISE. Show all posts

DAN MIMPI PUN BERGUGURAN

DAN MIMPI PUN BERGUGURAN
RM 34.90 
Penulis : Liana Afiera Malik
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-944-7
Status Stok : ADA


SINOPSIS :

Dia buta hukum. Icha hidup terumbang-ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin. Pertemuannya dengan Saiful Badar merubah segalanya. Dia dihamburkan dengan kasih sayang. Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas!

KUGAPAI KASIHMU

KUGAPAI KASIHMU
RM 18.90
Pengarang : Hendan Yahya
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-883-9
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Kugapai Kasihmu... menginsafi kita bahawa bukan mudah seseorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas. Watak-watak setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak. Kerana itu dalam hal memilih jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak Melayu yang mencari intan dan permata bernilai. Zarif tidak mempergunakan kedudukannya untuk dijadikan umpan memikat gadis jelita yang digilainya sekian lama.
Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini, Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampung yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga, bernama Mastura, walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nurin.

KABUS ADELA

KABUS ADELA
RM 30.90
Pengarang : Maimunah Yunos
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-851-8
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Persahabatan yang dibaja dengan keikhlasan dan ketelusan antara Suraya dan Syidah menyemarakkan lagi hubungan mereka. Bahagia yang dinanti oleh Suraya, kekecewaan pula yang mengundang diri pabila cinta Mukmin beralih arah. Kecewanya rasa pabila diri tidak disayangi lagi. Hidupnya dihujani dengan air mata. Namun, kehidupan mesti diteruskan walau badai melanda sekalipun. Pasrah dengan ketentuan-Nya, Suraya bangkit dari kekecewaan lalu. Atas sokongan kawan-kawan, Suraya melewati hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan dan kesabaran di hati. Dia ingin melupakan sejarah hitam yang merobek hatinya.
Setelah luka di hati telah terubat, Mukmin datang menagih kasihnya untuk menyemai kembali benih-benih cinta yang terlerai selama ini. Bagaimana pula kasih sayang Suraya terhadap Mukmin? Kehadiran Badrul Ihsan pula memberi sinar baru dalam hidup Suraya. Adakah bunga-bunga cinta berkembang lagi buat Suraya setelah dikecewakan sebelum ini? Bahagiakah yang menanti dalam hidupnya? Siapa pula yang terkecewa?

UNTUKMU HANA...

UNTUKMU HANA...
RM 20.90
Pengarang : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-553-1
Status Stok : ADA


SINOPSIS :

Pilu dan keliru... segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa... kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba2. Diakah yg lupa diri atau sejarah silam yg menjadikannya walang? Dia kalap.

Mentari yang bersinar ceria rupa2nya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa2... entah susur galurnya di mana? Entah keturunannya apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri2. Namun tatkala berhadapan dgn kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang.

Ibu rupa-rupanya seorangg wanita sejati. Ibu rupa-rupanya seorang srikandi. Ibu kiranya masih sendiri-sendiri... dan dia kian keliru dengan kasih sayang ibu yang tidak bertepi....

TIADA NOKTAH CINTA

TIADA NOKTAH CINTA
RM 30.90
Pengarang : Shahzy Hana
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-927-0
Status Stok : ADA


SINOPSIS :

Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan terkorban demi orang yang paling dicintai… paling dikasihi. Haikal Hakimi… Sara Ellyssa… dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?

ILUSI SEBUAH CINTA

ILUSI SEBUAH CINTA
RM 30.90
Pengarang : Diya Elora
Penerbit : CESB
ISBN : 978-983-893-902-7
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Cinta… hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan… perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan.  Aqel Suleiman setulus  namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan… Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.
Namun  takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi?
Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya…
Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan…

RINDUKU DI ANGIN LALU

RINDUKU DI ANGIN LALU
RM 24.90
Pengarang : Norish A. Bakar
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-663-4
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Aku mencintai… menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Namun menerima khabar yang dirimu telah dimiliki, haruskah aku mengganggu kebahagiaanmu lagi? Perlukah aku melampiaskan rasa marah dan dendamku pada sahabat yang telah mengkhianati erti persahabatan sejati? Atau mencari gadis lain yang lebih baik… yang setia dan mampu memberikan aku cinta yang suci.

Yang kini berada di hadapan mata… yang saban waktu dapat kuintai hatinya… yang saban hari mencuri pandangan dan menerbitkan rindu dendam. Kenapa harus menafikan hati sendiri? Kenapa perlu ditolak perasaan sayang yang datang bertandang? Seperti kau, aku kira setiap insan mempunyai hak dan alasan di dalam menentukan pilihan… kerana ‘cinta’ datangnya bukan sesuatu yang boleh dirancang.

Kerana kuasa ‘cinta’ mampu menumbangkan kubu keegoan walau dipancang dengan dalam. Lalu Zahin beralih sayang… dia tidak perlu mengecewakan Raihah, kekasihnya hanya kerana cinta silam yang tidak kesampaian. Dia perlu berpijak di bumi nyata… Marini bukan miliknya lagi. Walau Marini meninggalkannya dengan seribu cerita yang menyedihkan… walau Marini pergi dengan seribu satu alasan. Marini bukan siapa-siapa padanya kini. Marini telah dimiliki lelaki yang bergelar suami.

Lalu perlukah direbut kisah silam yang telah menjadi sejarah? Kerana sejarah hanya untuk dikenang, bukan untuk diulang. Walau sesekali dia begitu rindu untuk menjejak memori cinta yang pernah mereka ciptakan bersama. Dan yang sesekali itu… dia bagai tidak mampu untuk menghindarinya…
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.