Showing posts with label KAKI NOVEL. Show all posts
Showing posts with label KAKI NOVEL. Show all posts

NASI LEMAK BUAH BIDARA

NASI LEMAK BUAH BIDARA
RM 22.00

Pengarang : April Snow
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-14-5
Status Stok : ADA



SINOPSIS :
Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya.
Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya.
Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu.
Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah.
Akhmal : “Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya.”
Siti: “Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!”
Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.
Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!

HANGATNYA CINTA

HANGATNYA CINTA
RM 19.00
Pengarang : A'je Fazlina
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-16-9
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak.
Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia.
Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan.
Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.

SHA & SHAH

SHA & SHAH
RM 26.00

Pengarang : Sha Ibrahim
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-15-2
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…


DAH JODOH

DAH JODOH
RM 18.00
Pengarang : Iman Nizrina
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-11-4
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.
“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.
“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.
Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.
Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.
Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.
Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?
“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
RM 21.00
Pengarang : Laila Hanni
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-12-1
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.
Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.
Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.
Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.
“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”

KALAU MEMANG HARUS BEGITU

KALAU MEMANG HARUS BEGITU
RM 36.00
Pengarang : Acik Lana
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-13-8
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!
Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!
Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!
Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.
Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?
Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....
“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT

SAYANG CIKGU KETAT-KETAT
RM 20.00
Pengarang : Rafina Mimi Abdullah
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-06-0
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.
“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”
“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”
Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.
“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”
Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.