Showing posts with label NOVEL UMUM. Show all posts
Showing posts with label NOVEL UMUM. Show all posts

BIDADARI SALJU

BIDADARI SALJU
RM 36.90
Pengarang : Mia Kiff
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-06-3
Mukasurat : 1260 Halaman
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.
“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”.
Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?
“Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!”
Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. “Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!!
Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

TAKDIR ITU MILIK AKU

TAKDIR ITU MILIK AKU
RM 33.90
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5882-08-7
Mukasurat : 1058 Halaman
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....

KELAT-KELAT SAYANG

KELAT-KELAT SAYANG
RM 24.90
Pengarang : Izzul Izzati
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-02-5
Status Stok : ADA

SINOPSIS :  

Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina. Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkankan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu...

7 HARI MENCINTAIKU

7 HARI MENCINTAIKU
RM 32.90
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5882-01-8
Mukasurat : 1050 Halaman
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
RM 22.90
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
ISBN : 978-967-5822-00-1
Mukasurat : 816 Halaman
Status Stok : ADA

SINOPSIS : 

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung uka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api  kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

DAN MIMPI PUN BERGUGURAN

DAN MIMPI PUN BERGUGURAN
RM 34.90 
Penulis : Liana Afiera Malik
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-944-7
Status Stok : ADA


SINOPSIS :

Dia buta hukum. Icha hidup terumbang-ambing tanpa pedoman. Dirinya ibarat layang-layang putus tali. Terbang melayang mengikut arah tiupan angin. Pertemuannya dengan Saiful Badar merubah segalanya. Dia dihamburkan dengan kasih sayang. Namun keindahan itu hanya sekelip mata. Ibarat hujan panas!

KUGAPAI KASIHMU

KUGAPAI KASIHMU
RM 18.90
Pengarang : Hendan Yahya
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 978-983-893-883-9
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

Kugapai Kasihmu... menginsafi kita bahawa bukan mudah seseorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas. Watak-watak setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak. Kerana itu dalam hal memilih jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak Melayu yang mencari intan dan permata bernilai. Zarif tidak mempergunakan kedudukannya untuk dijadikan umpan memikat gadis jelita yang digilainya sekian lama.
Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini, Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampung yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga, bernama Mastura, walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nurin.
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.