Showing posts with label PANDUAN DAN MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN DAN MOTIVASI. Show all posts

WADAH CINTA SOLEHAH

WADAH CINTA SOLEHAH
RM 23.80
 
Pengarang : Rusnah Abu Samah
Penerbit : PSN Publications
ISBN : 978-967-10713-2-8
Status Stok : ADA

 
 

 
SINOPSIS :


Daripada Remaja Untuk Remaja
Sebuah Persembahan warna penuh grafik, foto dan ilustrasi
Untukku menggambarkan rasa hatiku
rasa cintaku dan cintaku
memendam niat hati yg menyala
tapi kerana keterbatasan reda dan reda
kutahu dia maha mendengar
dan sangat nebdebgarkan semua luahan hatiku
ungkapan ini sekadar wadah
untuk rasa cinta dan cintaku

RESIPI KEJAYAAN UNTUK REMAJA

RESIPI KEJAYAAN UNTUK REMAJA
RM 12.67

Pengarang : Ahmad Fadzli Yusof, A.Razak A.Muthalib
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3603-62-6
Mukasurat : 198 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam suatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu.
Bahagian 1: Meningkatkan Diri
Resipi 1 : Ada Matlamat Hidup
Resipi 2 : Meningkatkan Keyakinan Diri
Resipi 3 : Menjadi Remaja Berani
Resipi 4 : Harga Remaja Kualiti
Resipi 5 : Nasihat sebagai Ubat
Resipi 6 : Utamakan Kesihatan dan Keselamatan
Resipi 7 : Makan untuk Menjadi Hebat
Bahagian 2: Mengurus Kehidupan Remaja
Resipi 8 : Mengurus Hidup Seharian
Resipi 9 : Mengurus Masa Remaja
Resipi 10 : Bilik Bersih dan Menarik
Resipi 11 : Mengagihkan Tugasan
Resipi 12 : Menyelesaikan Masalah Sendiri
Resipi 13 : Menghadapi Ujian dan Dugaan Hidup
Resipi 14 : Terlibat dalam Konflik
Resipi 15 : Menangani Stres dan Tekanan
Bahagian 3: Remaja Berbudi Tinggi
Resipi 16 : Membina Akhlak yang Disukai Ramai
Resipi 17 : Bersahabat dengan Quran
Resipi 18 : Khusyuk dalam Sembahyang
Resipi 19 : Pakaian yang Sopan dan Dirahmati
Resipi 20 : Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Resipi 21 : Mengawal Marah 1
Resipi 22 : Rokok? Katakan TIDAK!
Resipi 23 : Selamat daripada Kesalahan Seksual
Bahagian 4: Penjaga dan Keluarga
Resipi 24 : Menjadi Anak yang Baik
Resipi 25 : Mengambil Hati Ibu Bapa
Bahagian 5: Menjadi Remaja yang Disukai
Resipi 26 : Bergaul dengan Orang Lain
Resipi 27 : Pandai Memilih Sahabat
Resipi 28 : Menjadi Sahabat Sejati
Resipi 29 : Interaksi yang Mesra
Resipi 30 : Menjadi Remaja yang Disenangi Ramai
Resipi 31 : Menjadi Remaja Popular
Resipi 32 : Memberi Kaunseling kepada Rakan-rakan
Resipi 33 : Menjadi Teladan kepada Rakan
Biodata Penulis

REMAJA PASTI SUKSES!

REMAJA PASTI SUKSES!
RM 12.67

Pengarang : Wardah Mokhtar, Arieff Salleh Rosman
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3603-09-1
Mukasurat : 197 Halaman
Status Stok : ADA




SINOPSIS :

Untuk berjaya, kita kena robohkan dulu sikap-sikap negatif yang ada dalam diri kita.
 
Selamat Datang ke Remaja Sukses
Formula 1: Berpersonaliti Matang
1. Apa itu Personaliti?
2. Rakan Sebaya Pengaruhi Personaliti Kita
3. Makanan Pengaruhi Personaliti Kita
4. Remaja Berpersonaliti Matang
5. Tip untuk Menjadi Remaja yang Berpersonaliti Matang
Formula 2: Membina Konsep Kendiri yang Positif
6. Siapa Aku?
7. Bagaimana?
8. Kendiri Positif vs Negatif
9. Tip Bentuk Konsep Kendiri Positif
10. Si Tempang Pergi Perang
Formula 3: Memiliki Emosi yang Terkawal
11. Marah
12. Untungnya Menahan Marah
13. Kenapa Kita Marah?
14. Tip Kawal Marah
15. Takut
16. Tip Menjadi Remaja Berani
17. Aku Hanya Takutkan Tuhan
18. Gembira
Formula 4: Merangsang Minda yang Cergas
19. Belajar
20. Membaca
21. Mempunyai Kemahiran Berfikir
Formula 5: Mempunyai Kematangan Seksual
22. Tip Mendapatkan Antibodi Rohani
23. Tip 1: Berkahwin pada Usia Muda
24. Tip 2: Puasa Sunat
25. Tip 3: Jauhkan Diri daripada Perkara yang Menimbulkan Nafsu Berahi
26. Tip 4: Mengisi Masa Lapang dengan Sesuatu
yang Berfaedah
27. Tip 5: Teman yang Baik
28. Tip 6: Berpegang pada Tip Kesihatan
29. Tip 7: Merasakan Takut kepada Tuhan dalam Diri
30. Tip 8: Merendahkan Pandangan Mata
Formula 6: Sihat Fizikal, Mental dan Emosi
31. Tip Menjaga Kesihatan Jasmani
32. Tip Menjaga Kesihatan Mental
33. Tip Menjaga Kesihatan Emosi
34. Abdullah bin Umar dan Kain dari Syurga
Formula 7: Berakhlak dan Berbudi Pekerti Mulia
35. Pantang Larang 1: Tabiat Suka Berbohong
36. Pantang Larang 2: Tabiat Suka Mencuri
37. Pantang Larang 3: Tabiat Suka Mencaci
dan Memaki
38. Pantang Larang 4: Tabiat Suka Meniru
39. Renungan Buat Remaja
Formula 8: Eratkan Hubungan
40. Sayangi Ibu Bapa
41. Hormati Guru
42. Tip Pilih Kawan
43. Hargai Kawan
44. Jom Hormat Orang Tua
Formula 9: Runtuhkan, Kemudian Bina!
45. Kenali Musuh
46. Tidak Beriman dengan Tuhan adalah Jahiliah
47. Jahiliah itu Ikut Nafsu
48. Jahiliah Ada Idolanya
49. Apa yang Perlu Kita Lakukan?
50. Runtuhkan, Kemudian Bina!
51. Ikut Ahli Sihir ataupun Orang Alim?
Rujukan
Siapa Pengarang Buku Ini?

IMEJKU... CARAKU... GAYAKU... ANGGUN

IMEJKU... CARAKU... GAYAKU... ANGGUN
RM 12.67

Pengarang : Asma Nadia
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5564-65-9
Mukasurat : 240 Halaman
Status Stok : ADA




SINOPSIS :

Ayuh remaja, mari kita selidik diri sendiri! Perhatikan senarai di bawah, kita kenal siapa diri kita yang sebenar!
  • Adakah peluh menjadikan bau badan kita kurang enak?
  • Benarkah jerawat timbul kerana cara kita mencuci muka salah?
  • Bagaimanakah bau mulut kita mengganggu komunikasi bersama rakan-rakan?
  • Berapa kerapkah kita bergosip dengan menceritakan hal orang lain?
  • Mengapakah pakaian kita selalu tidak seiring dengan peribadi diri?
 
Mahukah kita dilabelkan sekadar cantik luaran sahaja? Bagaimana kita mahu menjadi remaja yang cantik di luar dengan cara berpakaian dan pesona dari dalam dengan peribadi yang terpuji? Miliki buku Imejku... Caraku... Gayaku... Anggun, kita mampu memperbaiki diri supaya kekal cantik luaran dan dalaman yang sentiasa menjadi idaman setiap insan.
Isi Kandungan:
Melihat Diri Sendiri Lebih Dekat ix
Muslimah Juga Manusia xiii
Perkara Remeh yang Mengganggu 1
Peluh 5
Bau Mulut 9
Rambut 13
Tangan 19
Bau-bau Lain 21
Indah di Hati,Indah di Mata 25
Wajah Kita 30
Penampilan 36
Muslimah Mulut Lepas 61
Merosakkan Kegembiraan Kawan-kawan 65
Mencela dan Menghina 67
Gosip 71
Muslimah yang Tidak Mahu Kalah (Kiasu) 78
Tidak Pandai Membaca Keadaan 82
Tidak Mungkin 84
Sekejap-sekejap, Tanya. Sedikit-sedikit, Tanya 89
Usah Memalukan Orang Lain 91
Jangan Sebut 96
Sikap 103
Usah Ada Kasta 107
Jangan Masuk Campur 112
Jangan Menjadi Lembab 117
Jaga Kebersihan 121
Kaki Solek 124
Elitis 128
Asyik Merungut 133
Jangan Berputus Asa 139
Harapkan Cantik Sahaja 145
Jangan Antisosial 149
Tidak Peka 151
Queen Control 158
Muslimah Penggoda 161
Asalkan Percuma, Saya Mahu 167
Suka Memaksa 172
Muslimah Jumud 180
Suka Menghakimi Orang Lain 187
Cukup Menjengkelkan 193
Adakah Bagus? 201
Saya Menyayangi Anda Semua 207
Testimonial 211
Dedikasi 215
Biodata Penulis 217





MEMBIMBING REMAJA MEMILIH PENDIDIKAN DAN KERJAYA

MEMBIMBING REMAJA MEMILIH PENDIDIKAN DAN KERJAYA
RM 18.70

Pengarang : Hairunnaja Najmuddin 
Penerbit : PTS Professional 
ISBN : 9789833376803 
Mukasurat : 225 Halaman
Status Stok : ADA




SINOPSIS :

Menghuraikan teori-teori pemilihan kerjaya, menjelaskan penggunaan alat ukuran psikologi bagi mengukur personaliti dan minat serta menerangkan langkah-langkah praktikal membimbing remaja memilih pendidikan dan kerjaya.
Prakata
1 Dunia Pendidikan dan Kerjaya
2 Masalah Remaja dalam Memilih
Bidang Pendidikan dan Kerjaya
3 Senario Remaja yang Keliru dengan Pilihan
Pendidikannya
4 Keperluan Merancang Pendidikan dan
Kerjaya
5 Tanggungjawab Membimbing Remaja
6 Teori-teori Berkaitan Kerjaya
7 Teori Trait dan Faktor
8 Teori Pemilihan Kerjaya Holland
9 Teori Pemilihan Kerjaya Anne Roe
10 Teori Psikoanalitik Bordin
11 Kelebihan Teori Pemilihan Kerjaya Holland
12 Konsep Pengujian dan Pengukuran dalam
Bimbingan dan Kaunseling
13 Penggunaan Ujian Psikologi dalam
Bimbingan Kerjaya
14 Langkah-langkah Praktikal dalam Memilih
Pendidikan dan Kerjaya
15 Mengenali Diri Sendiri
16 Mengenali Dunia Pendidikan dan
Kerjaya
17 Jenis Personaliti, Bidang Pendidikan
dan Kerjaya
18 Memahami Cara Membuat Keputusan
yang Betul
19 Membuat Keputusan Pilihan Pendidikan
dan Kerjaya
20 Merancang Pelan Tindakan Pendidikan
dan Kerjaya
21 Cara Membimbing Remaja Membuat
Keputusan Kerjaya
22 Memupuk Kesedaran Merancang Kerjaya
kepada Remaja
23 Mengenal Pasti Tempat Kerja yang
Disukai
24 Apa yang Sebenarnya Dicari dalam
Kerjaya?
25 Pesanan untuk Para Remaja
26 Saranan kepada Para Pembaca
Rujukan 213
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang memberi petunjuk, ilham dan kekuatan kepada penulis bagi menyempurnakan penulisan buku ini.
Buku ini ditulis dengan harapan dapat membantu para ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor ataupun sesiapa sahaja yang bertanggungjawab membimbing para pelajar yang muda mahupun golongan remaja membuat pilihan yang tepat bagi pendidikan mahupun kerjaya masa depan mereka. Di se-panjang penulis bertugas sebagai kaunselor di UIAM, penulis kerap kali berdepan dengan pelajar-pelajar yang berasa ragu-ragu dengan pilihan pengajiannya, yang tidak tahu peluang kerjaya masa depannya, yang berhasrat menukar kursus pengajian ataupun yang berkira-kira hendak meninggalkan terus pengajiannya disebabkan hilang minat untuk belajar dan banyak lagi kerenah lain.
Penulis berminat menulis tajuk ini berdasarkan kepada pengalaman mengendalikan perkhidmatan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar di universiti tempat penulis bekerja dan penglibatan penulis dalam program berkaitan penerokaan kerjaya. Penulis juga mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman mengendalikan beberapa alat ujian psikologi yang berkaitan dengan kerjaya dan memahami teori-teori berkaitan kerjaya yang dipelajari sewaktu belajar di peringkat Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penulis percaya, pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa itu dapat dimanfaatkan oleh para pembaca jika penulis dapat menulis dan menyusunnya semula dalam sebuah buku yang menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan menarik.
Pada kesempatan ini penulis ingin memberi penghargaan dan penghormatan kepada Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noah, pensyarah subjek-subjek PBK536 Perkhidmatan Maklumat Kerja-ya dan PBK550 Penilaian Dalam Kaunseling, dan En Yusof Ahmad, pensyarah subjek PBK525 Kaunseling Kerjaya Gunaan, yang membuka jalan kepada penulis bagi memahami banyak perkara-perkara penting dalam perkhidmatan bimbing-an dan kaunseling kerjaya. Mereka berdua adalah pensyarah yang baik, yang tidak pernah kedekut bagi berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dan sering kali memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penulis, meskipun penulis tidak lagi menjadi pelajar di dalam kelas mereka.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu yang berikut yang banyak membantu pe-nulis bertahan dalam kerjaya sebagai kaunselor, iaitu Prof. Dr. Datin Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Prof. Dr. Dato� Mohamed Asin Dollah, Tuan Haji Wan Mohd. Hilmi Wan Kamal, Prof. Madya Dr. Rahmattullah Khan Abd. Wahab Khan, Dr. Aminah Haji Hashim, Pn. Ainon Mohd, En. Khairulzain Abd. Rahman, En. Abd. Malek Abdul Hadi, En. Shedek Abu Bakar, En. Syed Ahmad Azam Syed Mohd, En. Rafiezal Mohd. Eusoff, En. Khairol Anuar Masuan, Pn. Khairani Abd. Hamid, Cik Hanizam Abdul Ghani, Pn. Roslinda Alias dan Cik Hasnah Wardati Sulimin. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada En. Abdul Razak Abu Bakar, Timbalan Dekan, Jabatan Kepimpinan dan Latihan (LTD) yang sentiasa memberi galakan supaya penulis menyiapkan tulisan ini dan semua kakitangan jabatan LTD terutamanya En. Zabidi Nasan, Ustaz Mohd. Sharif Hashim, Pn Kalsom Wan Adam dan Pn. Asniza Mamat yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada penulis.
Dalam usaha menyiapkan buku ini, penulis sebenarnya menerima banyak gangguan, tekanan dan kesukaran yang menjejaskan tumpuan menaip draf manuskrip buku ini di komputer, mengarang, membaca dan meneliti buku-buku rujukan yang berkaitan. Syukur alhamdulillah, di sepanjang tempoh masa paling sukar yang penulis lalui sejak dahulu sehingga kini isteri penulis, Dr. Solehah binti Haji Yaacob dan anak-anak Muhammad Auni, Muhammad Imdad dan Syifa� Yasmin sentiasa menjadi sumber inspirasi dan semangat yang mendorong penulis menyiapkan penulisan ini hingga ke akhirnya. Kasih sayang dan penghargaan penulis tidak pernah lupa untuk diabadikan buat mereka semua.
Kepada semua pembaca budiman, diucapkan salam hormat dan selamat membaca.
Hairunnaja bin Hj Najmuddin Jabatan Kepimpinan dan Latihan, Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

KEPADAMU PUTERA PUTERIKU

KEPADAMU PUTERA PUTERIKU
RM 10.12

Pengarang : Rohani Sheikh Omar
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 978-983-3316-75-5
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Puteriku sayang,
Tidak ada seorang lelaki pun yang melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberi bantuan dan layanan kepadamu, kecuali atas maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya itu adalah langkah awal untukmemerangkapm.

Wahai puteraku,
Jangan kau biarkan dirimu menjadi korban dengan hanya kerlingan daripada seorang wanita. Perempuan yang tidak baik biasanya akan cuba sedaya upaya menggodamu dengan suara yang lembut dan merayu. Jangan biarkan dirimu dibawa arus yang pasti akan merosakkan hidupmu itu.

Putera dan puteriku,
Kamu sesungguhnya terlalu mudah jatuh cinta kerana itu adalah perkara normal kepada remaja sepertimu. Cinta yang lahir dari hati yang jujur dan ikhlas adalah tidak pernah bertentangan dengan syariat Islam...
Buku ini sesuai untuk pembacaan para remaja kerana ia mengandungi panduan dan nasihat yang boleh dijadikan amalan untuk persediaan memasuki alam kedewasaan dan rumah tangga. Selamat membaca...

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.