Showing posts with label QURAN DAN HADIS. Show all posts
Showing posts with label QURAN DAN HADIS. Show all posts

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL-KAHFI

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL-KAHFI
RM 20.00 

Pengarang : Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin, Ustaz Mohd Wahid Abd Haniff
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-014-0
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya.
Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
 

101 REKREASI HATI

101 REKREASI HATI
RM 17.00 

 Pengarang : Dr. Zahazan Bin Mohamed, Nik Wafdi Nik Jaafar
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-020-1
Status Stok : ADA


 SINOPSIS :


Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.
• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
• Mendekatkan pembaca kepada hadis.
•Senang difahami dan dihayati.
•Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
• Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
• Sebagai bimbingan kepada remaja.

HADIS 40 IMAM NAWAWI

HADIS 40 IMAM NAWAWI
RM 23.00 

Pengarang : Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-012-6
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.
Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

KENAL PEMBEZA HAK& BATIL

KENAL PEMBEZA HAK & BATIL
RM 15.00 

Pengarang : Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Rijal Media
ISBN : 978-967-5515-02-6
Mukasurat : 156 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengundang kebatilan.

Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.
Justeru, hasil kupasan Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.
Tok Guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Marilah kita selak naskah ini, agar dapatlah kita menerobos celahan kesamaran.Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
 

KAEDAH AL-MATIEN MANTAP MENGAJI

KAEDAH AL-MATIEN MANTAP MENGAJI
RM 17.00 

Pengarang : Ustaz Zamri Zainuldin (Mari Mengaji), Ustaz Abd Wahid Mohd Hanif
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-33-2
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Mengikut Format Rasm Uthmani.
• Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca.
• Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut.
• Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran.
• Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan.
• Pendekatan potongan ayat secara berperingkat.
• Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas.
• Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas.
• Penerangan ringkas dan padat.
• Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).
 

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH YASIN

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH YASIN
RM 12.00 

Pengarang : Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin, Ustaz Mohd Wahid Abd Haniff
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-55-4
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Surah Yasin antara surah yang sering dibaca terutama oleh masyarakat Melayu bagi memohon suatu hajat atau perlindungan kepada Allah SWT. Dalam majlis-majlis kesyukuran, mahupun musibah seperti kematian, lazimnya akan dibacakan surah Yasin. Buku ini digarap bagi menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat dalam surah Yasin yang mampu membawa kita menerobos ke dalam konteks yang lebih luas. Pemahaman mendalam dapat melahirkan kekhusyukan hati dan kehalusan jiwa apabila lidah menuturkan setiap patah perkataannya. Semoga buku kecil ini mampu menggambarkan keindahan surah Yasin dan berkongsi bersama masyarakat. 

RINGKASAN RIADHUS SOLIHIN

RINGKASAN RIADHUS SOLIHIN
RM 50.00 

Pengarang : Iman Nawawi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-75-2
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak. 
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.