Showing posts with label REMAJA. Show all posts
Showing posts with label REMAJA. Show all posts

PELANGI KASIH

PELANGI KASIH
RM 11.90 

Pengarang : Shaibah Abas
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3654-42-0
Mukasurat : 176 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Amirul menerima kejutan apabila peristiwa 15 tahun dahulu terbongkar. Apabila Ayuni, kakak kembar kepada Amirul menyertai semula keluarganya. Kehadiran Ayuni ke dalam keluarga Encik Rafiq bukan seperti yang dijangkakan.
Bukan kerana Ayuni jahat, malah Ayuni terlalu baik dengan Amirul. Bukan kerana Ayuni cuba merampas kasih sayang Encik Rafiq, malah Encik Rafiq tetap melebihkan Amirul. Tetapi kerana Ayuni mengingatkan Amirul pada satu kejadian yang tidak mungkin Amirul lupakan. Sehinggakan Amirul mencuba pelbagai cara bagi menyingkirkan Ayuni.
Di pihak Ayuni, dia juga mencuba pelbagai cara supaya Amirul menerimanya sebagai kakak kembarnya. Jadi bagaimana konflik antara kembar ini akan berakhir? Kemenangan di pihak Ayuni ataupun kejayaan di pihak Amirul?

HAI KITTI

HAI KITTI
RM 9.27 

Pengarang : Nanie Safwan
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 978-983-3316-73-1
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


FATIHAH seorang kanak-kanak cerdik dan periang telah berubah menjadi nakal, tidak mendengar kata dan suka memberontak. Ini sebagai tanda protes kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan mamanya. Dia sangat membenci Cikgu Helmi yang menjadi papa tirinya dan juga anak lelakinya, Aiman. Bagi Fatihah, mereka berdua telah merampas kasih sayang mama daripadanya.
Namun kehadiran Kitti yang ditemui secara tidak sengaja telah mengubah sikap dan juga pendirian Fatihah. Dia mula dapat menerima Aiman dan juga Cikgu Helmi di dalam hidupnya. Dalam tidak sedar, Kitti banyak menyedarkan Fatihah tentang kasih sayang sesama insan. Malah Kitti jugalah yang menjadi sumber inspirasi Fatihah untuk lebih maju dalam pelajaran.
Kitti... kucing comel yang sangat istimewa. Tapi sayang, kehadirannya tidak disenangi oleh mama. Lalu apakah yang harus Fatihah lakukan? Bagaimana dengan nasib Kitti selepas itu? Untuk mengetahui kisah seterusnya... jangan lupa baca ‘HAI KITTI’.
 

BAGAIKAN MIMPI

BAGAIKAN MIMPI
RM 12.67 

Pengarang : Hasif Hamsyari
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 978-983-3316-82-3
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Dia gadis yang tidak pernah mengecapi nikmat kejelitaan sebagi seorang gadis. Lantaran sikap ibu dan rakan yang memilih kasih, dia sering berkecil hati. Pabila kejelitaan yang diimpikan dan seorang ‘putera’ hadir dalam dirinya, dia menyembunyikan identiti diri. ‘Kehilangan’ Dian menjadi misteri penduduk Kampung Gelam terutama sekali keluarganya sendiri.>
Cinta pula berputik. Cuma… Tegarkah hati untuk menerima kenyataan. Putera tidak boleh menetap di dunia manusia biasa? Dian… menjadi seperti pungguk yang setia menantikan sinar rembulan.
Kau datang bagaikan mimpi
Bagai penglipur lara hati
Kau hadir persis sebutir bintang
Membawa cahaya dengan sinar terang
 

MISTERI SUNGAI LOYANG

MISTERI SUNGAI LOYANG
RM 9.27 

Pengarang : Mersik Romoyu
Penerbit : Karna Dya Solutions
ISBN : 978-983-3316-34-2
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Hujan yang turun tidak henti-henti memaksa Dol dan keluarganya dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Parit Sangap. Bersama rakan-rakannya, Suppa, Ku Chai serta Yaya ditemukan dengan seorang tua yang sungguh misteri!
Orang tua itu bercerita tentang harta Sungai Loyang!
Cerita yang menyingkap suatu kisah silam menarik minat Dol dan kawan-kawannya untuk turut menyiasat.
Dan, pencarian untuk merungkai sebuah misteri pun bermula. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka.
Mereka berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit.
Adakah mereka akan berjaya?
Sedangkan...air Sungai Loyang semakin melimpah.
 

MISTERI KEBUN PISANG

MISTERI KEBUN PISANG
RM 9.27 

Pengarang : Mersik Romoyu
Penerbit : Karna Dya Solutions
ISBN : 978-983-3316-25-0
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Seorang tua yang sungguh mencurigakan tiba-tiba muncul, mendiami sebuah pondok di tengah-tengah kebun pisang milik Pak Iman di Kampung Parit Sangap.
Dol Leman tertarik untuk menyiasat identiti orang tua tersebut dan kenapa dia boleh berada di situ. Perasaan syak wasangkanya semakin menebal bila tiba-tiba sahaja kampungnya gempar dengan kejadian kecurian di kebun-kebun pisang milik orang-orang kampung.
Bersama kawan-kawannya yang lain, Suppa dan Ku Chai, mereka sama-sama cuba untuk menolong menyelesaikan kes kecurian tersebut. Tentu orang tua itu ada kaitan dengan kejadian ini.
Siapakah orang tua itu? Apa yang dibuatnya di dalam kebun?
Bermulalah kisah pencarian untuk merungkai sebuah misteri...
Adakah mereka akan berjaya?
 

BUDI SI DEBAB

BUDI SI DEBAB
RM 9.27 

Pengarang : Syima Syawal
Penerbit : Karna Dya Solutions
ISBN : 978-983-3316-49-6
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Farah Adibah– bertubuh gemuk, sering tidak disenangi oleh rakan-rakan sekolahnya terutama ketua pengawas yang berwajah kacak, bernama Faiyat.

Pelbagai peristiwa terpaksa Farah Adibah tempuhi dengan ketabahan yang masih berbaki. Namun semangat yang diberi oleh keluarga dan sahabat baiknya Norhidayah telah menjadikan dia seorang yang tabah.

Faiyat– sering menghina dan mencaci, sering tunjuk lagak tak ubah seperti adat gajah terdorong (orang yang berkuasa kerap menyalahgunakan kuasanya.) Tapi di sebalik kebenciannya itu, tiada siapa yang tahu ada rahsia yang disemat rapi. Apakah rahsia itu?

Dahulu ‘Debab’ sering dibuli,
Kini disanjung sepenuh hati,
Budi tidak boleh dijual beli,
Akan dikenang sehingga ke mati.


Ikutilah kisah selanjutnya, semoga anda semua terhibur …
 

PERANTAU ZAMAN

PERANTAU ZAMAN
RM 9.27 

Pengarang : Rafiss Rafida
Penerbit : KarnaDya Solutions Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3316-41-0
Mukasurat : 131 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Iskandar, Robin, Melissa, Ghazali dan beberapa pelajar lain terlibat dengan teater “Pahlawan” dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Iskandar telah diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama oleh Cikgu Saleha.
Sebelum latihan bermula, Iskandar telah melalui satu peristiwa aneh iaitu kembali ke zaman silam. Melalui peristiwa ini, Iskandar dan kawan-kawannya telah mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan. Dalam usaha untuk pulang ke dunia asal, pelbagai peristiwa aneh telah berlaku. Iskandar dan rakan-rakannya berusaha untuk mencari jalan pulang ke dunia asal namun, adakah usaha mereka berbaloi?
Adakah mereka berjaya menemui jalan pulang?
 
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.