TERNYATA CINTA

TERNYATA CINTA 
RM 19.90

Pengarang : Damya Hanna
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-364-0
Mukasurat : 544 Halaman
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Pengalaman mengajar erti kedewasaan. Beginilah ibarat hidup Qadina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya punya misi yang tersendiri! Membuku lelaki Kaya!

SARIEL : Lelaki pertama yang berkaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan Lelaki itu lelaki terlalu ego sehinggga menjengkelkan hati.

IQRAM : Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteraia lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya menuntun hati si gadis.

Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita-cita bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiapinsan. Cuma yang pasti, ketentuan Ilahi tetap membatasi segala

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.