TERIMA KASIH, CIKGU!

TERIMA KASIH, CIKGU!
RM 11.90

Pengarang : Umi Amira
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Status Stok : ADA







SINOPSIS :

Luqman Hakkim mulanya seorang pelajar yang rajin. Namun selepas

kematian ayahnya dia berubah menjadi seorang yang nakal. Bersama tiga

rakannya yang lain; Safuan, Hanafi dan Malek, melanggar disiplin sekolah

dan membuli rakan-rakan kelas yang lain menjadi keseronokan buat

mereka. Kenakalan mereka juga menyebabkan guru Tingkatan Dua

Jauhari sudah bertukar sehingga lima kali.

Keadaan berubah apabila muncul seorang guru muda yang bertekad

untuk mengubah sikap Luqman dan rakan-rakannya. Apa istimewanya

guru tersebut? Bagaimana dia dapat mengubah sikap Luqman?

Terima Kasih, Cikgu! mengungkap kisah remaja putus asa terhadap

pelajarannya, dipulaukan dalam kelompok, tetapi bangkit semula dengan

bantuan seorang guru.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.