Showing posts with label SOLAT. Show all posts
Showing posts with label SOLAT. Show all posts

KEKUATAN & DAHSYATNYA SOLAT DHUHA

KEKUATAN & DAHSYATNYA SOLAT DHUHA
RM 19.90 

Penulis : Ahmad Farhan Chairullah & Ustaz Arifal Firdaus
Penerbit : Al-Mihrab Publications
ISBN : 978-967-1065-41-9
Mukasurat : 180 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Setiap rakaat dhuha mengandungi keajaiban. Jika kita melaksanakan 2 rakaat maka tidak dicatat sebagai hamba yang lalai, 4 rakaat maka dicatat sebagai hamba yang taat, 6 rakaat maka dicukupkan keperluannya pada hari itu, 8 rakaat maka dicatat sebagai ahli ibadah, 10 rakaat maka dosa pada hari itu tidak akan dicatat, & 12 rakaat maka Allah akan membangunkan rumah di syurga. (Hadis Riwayat Thabrani & Baihaqi) 
Buku ini mengupas kedahsyatan solat dhuha. Orang-orang yang sering mengamalkan solat dhuha mendapat jaminan dosa-dosanya diampuni, dicukupkan keperluannya, mendapat pahala haji & umrah, memasuki syurga melalui pintu dhuha, & telah bersedekah atas 360 persendiannya.
Dengan membaca buku ini, semoga anda akan terbuka hati untuk menjemput segala kurniaan-Nya melalui ibadah di pagi hari.

MARI BELAJAR SOLAT (LELAKI)

MARI BELAJAR SOLAT (LELAKI)
RM 13.90 

Penyusun : Alifi Hj Alias & Taufik Hakim Ahmad
Penerbit : Kiddibird Sdn Bhd
ISBN : 978-967-302-696-8
Mukasurat : 25 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Buku ini menggunakan konsep baca, lihat dan amal.
Sesuai untuk semua peringkat umur daripada prasekolah, rendah, menengah dan dewasa
Paparan jelas tentang rukun, sunat dan perkara yang berkaitan dengan wuduk dan solat
Dilengkapi dengan gambar foto dan paparan visual untuk memudahkan proses pembelajaran
Dilengkapi dengan falsafah solat serta info tambahan
 

ENSIKLOPEDIA SOLAT

ENSIKLOPEDIA SOLAT
RM 100.00 

Pengarang : Pelbagai Penulis
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-4070-93-9
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

FATWA KEMUSYKILAN SOLAT

FATWA KEMUSYKILAN SOLAT
RM 18.00 

Penyelenggara : Azizah Mat Isa
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 967-86-0265-2
Mukasurat : 416 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Solat merupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia merupakan tanda ketaatan dan kepatuhan seseorang kepada perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta agenda utama yang akan disoal di akhirat kelak.

Umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar solat yang dilakukan diterima oleh ALLAH. Segala permasalahan dan kemusykilan dapat diselesaikan jika benar-benar memahami konsep. rukun, syarat dan cara-cara yang bertepatan dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam menunaikan solat, pastinya umat Islam menghadapi pelbagai kemusykilan yang boleh mencacatkan solat tersebut. Fatwa Kemusykilan Solat merupakan sebuah buku yang menghimpunkan perlbagai kemusykilan atau masalah-masalah berkaitan solat. Huraian fakta yang jelas disertai dalil yang sahih daripada al-Quran dan sunnah menjadi pelengkap utama buku ini.

Buku ini juga memuatkan keterangan terperinci berkaitan permasalahan yang timbul di dalam menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat hari raya, solat gerhana, solat istikharah dan lain-lain.

Ia memudahkan umat Islam mendapat jawapan segera terhadap apa jua kemusykilan dan bagi yang tidak bermasalah pula, dapat menambahkan ilmu pengetahuan untuk diamalkan. Mudah-mudahan buku ini menjadi rujukan utama para pembaca yang inginkan solat yang berkualiti dan diterima oleh ALLAH.

SOLAT BESTARI

SOLAT BESTARI
RM 17.91 

Pengarang : Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0347-8
Mukasurat : 216 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Lahirkan kemanisan solat dengan khusyuk yang sempurna!
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuh tiang itu, maka pincanglah segala amalan. Jika baik solatnya, maka baiklah segala amalan. Ketika mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, tahukah kita akan lafaz yang dibaca semasa solat? Mampukah kita menghadirkan khusyuk tanpa benar-benar memahami yang tersirat? Alangkah indahnya jika setiap bacaan itu mampu difahami dan dihayati. Dan ketahuilah bahawa setiap bacaan itu disambut oleh-NYA!
SOLAT BESTARI ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan modul dalam melaksanakan solat dengan lebih sempurna. Ia lebih memfokuskan ter¬jemahan bacaan dalam solat juga pergerakan asas solat bagi lelaki dan wanita. Teknik penyampaian yang dilengkapi rajah bergambar juga dapat membantu pembaca lebih memahami dan mendapat gambaran yang lebih realistik.

Antara yang menarik di dalam:

  • Penerangan bergambar tentang rukun wuduk
  • Dilampirkan ayat daripada al-Quran dan juga hadis sebagai rujukan
  • Beberapa surah dari Juz Amma
  • Terjemahan lengkap mengikut setiap ayat daripada setiap surah dan bacaan solat
  • Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi
  • Kedudukan hukum tajwid serta penerangan ringkas
  • Informasi tentang fokus dan hikmah daripada ibadat solat yang dilakukan
  • Penerangan bergambar tentang rukun solat dan bacaan sunat di dalam solat serta terjemahannya
  • Beberapa doa pilihan dan harian serta terjemahannya
  • Informasi tentang perkataan yang terpilih dan asbabunnuzul sesuatu surah
 

PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG DARI PERSPEKTIF HOLISTIK

PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG DARI PERSPEKTIF HOLISTIK
RM 23.90 

Pengarang : Fatimah Ibrahim & Wan Azman Wan Ahmad
Penerbit : Universiti Malaya
ISBN : 978-983-2417-52-1
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan yang sangat berharga. Ia bermula dengan denyutan jantung yang pertama semasa kita berada di dalam perut ibu dan tamat dengan denyutan jantung yang terakhir. Apabila kita meneliti bagaimana jantung kita berfungsi, kita dapat melihat keajaiban organ yang sebesar genggaman tangan ini merasai kebesaran dan keagungan pencipta-Nya. Sesuatu yang begitu penting dan berharga yang telah diamanahkan kepada kita sejak bermula kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita tidak tahu untuk menghargainya. Kebiasaan manusia apabila sudah terkena penyakit jantung atau lemah jantung, barulah mula sedar betapa besarnya nikmat tersebut. Buku ini adalah rentetan dari buku Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains. Fokus buku ini adalah kepada pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik yang menerangkan pencegahan dari aspek perubatan moden dan Islam.

KANDUNGAN

BAB 1: Mengenali Jantung Anda
- Pengenalan
- Ruangan (Kompartmen) Jantung
- Proses Pengaliran Dan Sistem Kardiovaskular
- Sistem Elektrikal (Konduksi)

BAB 2: Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan
- Strok (Angin Ahmar)
- Tekanan Darah Tinggi
- Aneurysm
- Kegagalan Jantung Kongestif
- Angina
- Serangan Jantung

BAB 3: Atheroklerosis: Punca Kebanyakan Penyakit Kardiovaskular
- Pengenalan

BAB 4: Faktor-Faktor Risiko Atherosklerosis
- Pengenalan
- Faktor Risiko Tak Terkawal
- Faktor Risiko Terkawal
- Kencing Manis (Diabetis Mellitus)
- Obesiti
- Merokok
- Langkah Pencegahan

BAB 5: Pencegahan Atherosklerosis
- Pengenalan
- Pencegahan Atherosklerosis Dari Perspektif Perubatan Moden
- Rawatan Penyakit Jantung
- Rawatan Perubatan Menggunakan Ubat-Ubatan
- Rawatan Pembedahan Dan Angioplasti

BAB 6: Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Menurut Gaya Hidup Islam
- Anjakan Paradigma
- Adab Makan Dan Minum Mengikut Cara Hidup Islam
- Menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'
- Makan Secara Sederhana
- Berkat Dalam Makanan
- Postur Duduk Yang Disyorkan Semasa Makan
- Kesederhanaan Dalam Kehidupan
- Cara Hidup Sederhana Yang Diamalkan Oleh Penduduk Madinah
- Diet Pemakanan Yang Disyorkan Oleh Islam
- Limau
- Bijan Hitam
- Madu
- Buah Zaiton Dan Minyak Zaiton
- Kurma
- Pisang
- Anggur
- Delima

BAB 7: Gaya Hidup Cara Islam
- Pengenalan
- Doa
- Membaca Al-Quran
- Zikir
- Berjalan Kaki
- Solat
- Kebaikan Solat Untuk Kesihatan
- Kadar Denyutan Jantung
- Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Denyutan Jantung
- Kajian Denyutan Jantung Pada Setiap Postur Solat
 

SENAMAN REGANGAN & PERGERAKAN SOLAT

SENAMAN REGANGAN & PERGERAKAN SOLAT
RM 18.90 

Pengarang : Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Penerbit : Universiti Malaya
ISBN : 978-983-2417-53-8
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Sebuah Kupasan Lanjut Buku: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains...
KANDUNGAN

BAB 1: Asas Regangan
- Pengenalan
- Apakah Regangan

BAB 2: Jenis-Jenis Regangan
- Pengenalan
- Regangan Statik
- Regangan Statik-Pasif
- Regangan Dinamik
- Teknik-Teknik Regangan Lain

BAB 3: Kebaikan Regangan
- Pengenalan
- Manfaat Melakukan Regangan
- - Mengurangkan Ketegangan Otot
- - Mencegah Kecederaan
- - Meningkatkan Gerakan Sendi
- - Memantapkan Koordinasi Otot
- - Meningkatkan Kitaran Darah
- - Meningkatkan Prestasi Tubuh

BAB 4: Perbandingan Antara Pergerakan Dan Prostur Solat Dengan Regangan
- Pengenalan
- Apa Itu Solat?
- Pergerakan/Postur Solat Dan Regangan
- - Berdiri
- - Rukuk
- - Sujud
- - Duduk
- - Memberi Salam
- Kebaikan Postur Dan Pergerakan Solat
 
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.