ONLINE DENGAN TUHAN

ONLINE DENGAN TUHAN
RM 13.00 

Pengarang : Zulkifli Khair
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-5137-37-2
Mukasurat : 128 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
“Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar”
Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu.
Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.
Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.
Buku ini selain daripada mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir semesta alam, pemberi nikmat dan rezeki, serta penetap syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi. Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.
Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan teknologi, teknologi akan basi. Cintakan Tuhan, Tuhan kekal abadi. Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.