PERSIAPAN MENGHADAPI HARI KEMATIAN

PERSIAPAN MENGHADAPI HARI KEMATIAN
RM 3.00 

Pengarang : Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0310-2
Mukasurat : 88 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata. Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat. Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan. Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian. Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina. Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan menghadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih. Oleh itu, berusahalah sentiasa untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.
 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.