RATIB KEKASIH ALLAH (CD AUDIO DISERTAKAN)

RATIB KEKASIH ALLAH (CD AUDIO DISERTAKAN)
RM 22.00 

Pengarang : Ahmad Hasan Mohd Nazam
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-366-023-0
Mukasurat : 184 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
 Berzikir mendidik jiwa bagi kebahagiaan dan kesejahteraan.

Tanpa zikir kepada Allah, manusia dikuasai syaitan. Hati mudah

terpengaruh dengan bisikan syaitan sama ada secara sedar ataupun

tidak, Allah berkata, "Syaitan menguasai dan mempengaruhi

mereka menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran

Allah." (surah al-Mujadalah ayat 19). Hanya dengan berzikir kepada

Allah, manusia boleh mendapat perlindungan. Manusia perlu sedar,

mereka adalah hamba Allah. Jika perlukan perlindungan Allah,

maka awasi diri sendiri dan ingati Allah sebanyak-banyaknya.

Betapa banyak musibah dan bahaya yang menunggu setiap hari,

malah setiap masa kita terus membiarkan diri terdedah dengan

bahaya dan dosa. Hanya dengan mengingati Allah, Dia

menyelamatkan kita daripada semua mara bahaya.

Ratib Kekasih Allah adalah himpunan wirid dan zikir yang selalu

diamalkan oleh para kekasih Allah di kalangan para ulama dan wali

Allah. Mengandungi terjemahan bagi menambah penghayatan,

panduan dan kelebihan mengamal wirid-wirid yang dimuatkan.

Turut disertakan CD audio bagi membantu pembaca mengikuti

bacaan wirid pada setiap masa.

Ahmad Hasan bin Mohd Nazam dilahirkan pada tahun 1974 di Parit

Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan menengah di

Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama al-Mashoor Pulau Pinang

sebelum menyambung pengajian di peringkat IV Thanawi di

Madrasah al-Khairiah al-Islamiah di Seberang Perai Selatan.

Seeterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat B.A Syariah

dan Undang-undang di Universiti al-Azhar, Mesir. Di samping itu,

beliau turut mengikuti pengajian secara tidak formal (talaqqi)

dengan beberapa ulama di Mesir dan Syiria. Kini beliau menjawat

jawatan sebagai editor di syarikat penerbitan di Shah Alam dan

bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.