INDAHNYA AMALAN DOA

INDAHNYA AMALAN DOA
RM 35.00 

Pengarang : Dato' Ismail Kamus
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-66-0
Mukasurat :
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Buku "Indahnya Amalan Doa" diterbitkan sebagai susulan kepada buku beliau "Indahnya Hidup Bersyariat" yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.
Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan pada doa yang mereka panjatkan kepada 'Tuhan' mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.