Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

FIQH IMAM SYAFIE

FIQH IMAM SYAFIE
RM 18.00 

Pengarang : Ridzuan Ahmad, Ph.D.
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-411-006-2
Mukasurat : 280 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Fiqh Imam Syafi e mempunyai dua bahagian.
Bahagian pertama membentangkan biografi Imam Syafi e.
Antara maklumat menarik adalah:
  • Kita mengetahui bagaimana beliau mampu menonjol dalam pelajaran walaupun miskin.
  • Kita juga melihat kehebatan Imam Syafi e yang diminta berfatwa seawal umur 15 tahun.
Bahagian kedua membincangkan asas pemikiran fiqh Imam Syafi e.
Pelbagai informasi unik diketengahkan, antaranya:
  • Kita mengetahui asas dan kaedah Imam Syafi e dalam mengeluarkan hukum.
  • Kita juga meneliti dan memahami setiap satu istilah unik dan penting seperti zahir al-nas, istihsan, dan al-ihtiyat.
Fiqh Imam Syafi e membuka jalan perkenalan kita dengan tokoh agung ini.
 

LEDAKAN FACEBOOK : ANTARA PAHALA & DOSA

LEDAKAN FACEBOOK : ANTARA PAHALA & DOSA
RM 18.00 

Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-366-123-7
Mukasurat : 184 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sesebuah negara juga mengggunakan Facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.
Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan. Antara hujah yang diberikan:
Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam.
Facebook ejen CIA. Facebook melalaikan.
Facebook mendedahkan diri kepada zina.
Facebook mendedahkan aib diri sendiri.
Dan banyak lagi

Benarkan dakwaan begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam. Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.
 

ZAKAT TERAPI KEKAYAAN

ZAKAT TERAPI KEKAYAAN
RM 18.00 

Pengarang : Hamizul Abdul Hamid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0379-9
Mukasurat : 456 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Jadikanlah hati sentiasa berebut-rebut mahu bersedekah, berzakat dan berinfaq. Cetuskan rasa cemburu andai terlihat orang lain banyak beribadat dan di tangan sering tersedia menyampaikan hajat. Bisikkan pada minda bahawa kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda bersyukur. Gandakanlah nilai kewangan dengan keberkatan kerana natijahnya ada jaminan besar di sisi TUHAN. 

TAUBAT PASPORT KE SYURGA

TAUBAT PASPORT KE SYURGA
RM 11.00 

Pengarang : Drs Hj Hanafi Mohamed
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0385-0
Mukasurat : 200 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita.

Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH…

ANTARA YANG MENARIK:
Keutamaan Istighfar:

Kisah-kisah Pengajaran
Dosa yang Wajib Taubat
Ruginya Tidak Bertaubat
Taubat Penyembuh Dosa
Istighfar Para Nabi dan Rasul
Syarat-syarat Diterima Taubat
Kesan Dosa Dalam Kehidupan
Mengapa Kita Wajib Bertaubat?
Mengapa Kita Melakukan Dosa?
 

CARA TERINDAH UNTUK MATI TERSENYUM

CARA TERINDAH UNTUK MATI TERSENYUM
RM 13.50 

Pengarang : Abu Huzaifah Ibrahim Ibn Muhammad
Penerbit : Al-Hidayah Publications
ISBN : 978-967-368-069-6
Mukasurat : 212 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Setiap yang bernyawa pasti akan mati kerana mati itu pasti. Setiap hari kita berdoa agar dikurniakan kesudahan yang Husnul Khatimah (baik) dan dihindarkan daripada kesudahan yang buruk dan sia-sia. Bagaimana caranya untuk mencapai kesudahan yang baIk atau untuk matI tersenyum?
Setiap manusia diberikan dual pillhan syurga atau neraka. Terpulang kepada kita sendiri untuk menempuhi jalan yang mana satu sebagai pilihan. Namun begitu amat penting bagi kita semua adalah persiapan dan kemahuan kita dalam memilihnya. Buku merupakan salah satu cara dan persiapan kita untuk memilih haluan yang mana satu. Kita mesti menguatkan keazaman kita untuk mencapai apa yang kita impikan. Sudah pasti setiap orang yang beriman mengimpikan kesudahan yang, baik dan matinya dalam tersenyum kerana syurga sentiasa melebarkan pintunya menyambut kedatangan orang mengasihi dan dikasihi Allah S.W.T. Haruman bau syurga akan sentiasa semerbak pada mereka yang merinduinya.
 

CARA TERINDAH UNTUK MATI

CARA TERINDAH UNTUK MATI
RM 17.00 

Pengarang : Rachmat Ramadhana al-Banjari
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0142-62-3
Mukasurat : 256 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Isi Kandungan
Kata Pengantar 1
Bab 1
Manusia: Jasad dan Ruh ................................................................................8
Bab 2
Hakikat Kehidupan Bermakna ………………………………………….....30
Bab 3
Hakikat Kematian .........................................................................................39
Bab 4
Jenis-Jenis Kematian .....................................................................................46
Bab 5
Tanda-Tanda Datangnya Kematian ...............................................................86
Bab 6
Berkenalan Dengan Maut: Pemutus Segala
Kelazatan .................................114
Bab 7
Proses pencabutan Roh..................................................................................118
Bab 8
Berita Alam Kubur ........................................................................................139
Bab 9
Hikmah Mengingati Mati ..............................................................................162
Bab 10
Bekalan Menghadapi Kematian ....................................................................177
Bab 11
Muhasabah Diri .............................................................................................208
Bab 12
Akhir Kehidupan Yang Baik .........................................................................217
Bibliografi .............................................................



“Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba, menghancurkan rasa cinta, meruntuhkan kekeluargaan. Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya. Hanya satu yang mampu menyelamatkan jiwamu, iaitu amalanmu. Adakah engkau sudah bersedia untuk mati?”
- Dr. 'Aidh al-Qarni, pengarang La Tahzan.
 

SURI WANITA TELADAN ZAMAN RASULULLAH

SURI WANITA TELADAN ZAMAN RASULULLAH
RM 14.00

Pengarang : Dr Muhammad Talaat Afifi
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-366-073-5
Mukasurat : 155 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Isi Kandungan
Dedikasi vii
Mukadimah ix
Pendahuluan xiii
BAB 1: Ibadat Dalam Kehidupan Para Sahabat Wanita 1
Pengenalan 2
Meninggalkan Maksiat Dan Bersifat Warak Daripada Terjebak Dalam Perkara Meragukan 7
Keperihatinan Menunaikan Ibadat-Ibadat Fardhu Dan Memperbanyakkan Ibadat-Ibadat Sunat 11
Sembahyang 13
Zakat dan Sedekah 16
Puasa dan Haji 26
Memperbanyakkan Mengingati Allah 29

Suri Wanita Teladan Zaman Rasulullah vi
BAB 2: Aspek Kemasyarakatan Dalam Kehidupan Para Sahabat Wanita 34
Wanita Bersama Suami 34
Persepsi Isteri ke atas Diri dan Rumahnya Serta Menyambut Suami dengan Baik 39
Khidmat Isteri Untuk Suaminya 41 Kesungguhan Isteri dalam Menggembirakan Suami 43
Isteri Menolong Suami dalam Kebaikan dan Meninggikan Panji-Panji Islam 46
Wanita Bersama Anak-Anak 51 Membawa Anak-Anak Mereka Mencapai Martabat Lelaki yang Sebenar 54
Wanita dalam Mentarbiah Anak Mereka Supaya Mencintai dan Mempertahankan Islam Serta Menerapkan Keberanian dalam Menghadapi Musuh 56
Bersikap Adil kepada Anak-Anak 59
Ketaatan Dalam Diri Anak-Anak dan Memimpin Mereka Kepada Kebaikan 60
Wanita Bersama Para Muslimah 61 Wanita dalam Menghadapi Musuh-Musuh Islam 67

Kandungan vii
BAB 3: Kesucian Diri Dalam Kehidupan Para Sahabat Wanita 75
Penjagaan Pemakaian Hijab 79 Menjauhi Pergaulan Bebas 87
BAB 4: Ilmu Dalam Kehidupan Para Sahabat Wanita 95
Kesungguhan Para Sahabat Wanita Dalam Menuntut Ilmu 99
Mengaplikasikan Ilmu Dalam Dakwah 103
Penutup 113



Mereka juga dikenali sebagai generasi yang banyak beramal dengan Islam. Mereka adalah golongan yang mempunyai kelebihan dan keunikan berbanding individu lain yang memeluk Islam selepas mereka. Mereka berjihad bagi menyinari agama Allah ke seluruh alam. Hasil dakwah mereka yang signifikan, manusia memeluk agama Islam secara berkelompok. Tiada kemuliaan dan kehebatan seorang manusia selepas Nabi Muhammad kecuali para sahabat yang mulia ini. Mereka ini merupakan individu yang sampai ke tahapcemerlang. Seorang penyair pernah melagukan keperibadian para sahabat melalui syairnya yang berbunyi:“Maka tiada izzah untuk Islam melainkan para sahabat berjaya menunjukkan kehebatan ituTidak ada kebanggaan yang sudah dibina oleh mereka itu lalu merekalah yang membinanya”.

SABIL AL-MUHTADIN

SABIL AL-MUHTADIN
RM 23.40 

Pengarang : Syeikh Muhammad Arsyad Abdullah al-Banjari
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-005-8
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Sabil Al-Muhtadin bab korban, akikah, perburuan, sembelihan dan pemakanan ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang 5 perkara di atas daripada kitab besar Sabil Al-Muhtadin karangan Kiyai Al-Imam Al-Allamah Al-Hammam Al-Fahhamah Alsyeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al-Banjari yang telah disalin dan disusun semula oleh al-Ustaz Mohammad Haidzir bin Hussin bin Ibrahim dan dipermodenkan bahasanya untuk mudah difahami oleh pembaca kontemporari tanpa berkurangan maksud isi kandungan dan hukum hakamnya oleh al-Ustaz Fuad Ismail.
Malah teks tulisan jawi masih dikekalkan untuk rujukan pihak pembaca yang memerlukannya. Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga sebagai kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla.
Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadat kita kepada Allah. Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya. Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya haiwan sembelihan atau perburuan. Sekiranya penyembelihan dan perburuan tidak mengikuti cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tadi menjadi bangkai. Bab pemakanan pula menjadi topik penting di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama-ulama silam.
 

ARUS TAJDID

ARUS TAJDID
RM 2.00

Pengarang : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-860-290-7
Mukasurat : 32 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Islam merupakan agama yang lengkap. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya merupakan cara hidup sebenar dan kebahagiaan sejati.

Namun, setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, pelbagai fitnah dan penipuan muncul dalam agama yang suci ini. Ditokok tambah, direka dan pelbagai kezaliman dilakukan terhadapnya. Akhirnya agama yang diturunkan sebagai panduan terbaik tercemar oleh tangan-tangan manusia.

Arus tajdid ini menyeru seluruh umat Islam tidak kira parti politik, kumpulan dan individu agar kembali kepada agama sebenar seperti yang diturunkan. Cuma dengan cara ini sahaja agama yang tercemar ini kembali bersih dan penganut akan berjaya di dunia dan akhirat.

24 JAM MELAWAN SYAITAN

24 JAM MELAWAN SYAITAN
RM 29.90 

Pengarang : Abu Shiddiq
Penerbit : True wealth Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3364-86-2
Mukasurat : 148 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Description:
Buku ini menceritakan secara terperinci betapa dahsyatnya bisikan dan godaan syaitan selama 24 jam terhadap umat manusia menjelangnya sakaratul maut. Oleh itu, penulis tidak lupa meninggalkan bekalan ‘senjata’ buat pembaca tentang cara untuk melawan habis-habisan musuh Allah dan alam sejagat ini, agar semuanya pergi meninggalkan dunia dengan hayat yang beriman kepada Allah.

About The Author:
Abu Shiddiq merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Sastera Arab di Institut Ibnu Khaldun dan memegang Ijazah Bidang Syariah di Universiti Islam Sumatera Utara (UISU), serta Master in Philosophy of Islam di Al-Azhar, Mesir. Beliau menjadi Pengasas Pusat Islam yang memberi perlindungan kepada mangsa Tsunami, Acheh. Selain aktif menulis buku, beliau juga merupakan pensyarah sambilan di UISU, Medan dan Universitas Tjut Nyak Dhein, Medan, serta guru Bahasa Arab dan Kaunselor Perkahwinan di Institut Sumatera, juga di Medan.

Contents:
1. MUSYAWARAH IBLIS UNTUK MENYESATKAN MANUSIA
A. SYAITAN BERMUSYAWARAH
B. AWASI BISIKAN SYAITAN DI SAAT AJAL DI AMBANG PINTU
2. MENGGODA MANUSIA DARI DEPAN, BELAKANG, KANAN DAN KIRI
A. HASUTAN IBLIS MELALUI SEBATANG POKOK
B. EMPAT BISIKAN YANG MEMATIKAN
- Meragukan Tentang Akhirat
- Merangsang Cinta Dunia
- Meragukan Perintah Agama
- Merangsang Untuk Berbuat Maksiat
C. BERJALAN MENGIKUTI PERJALANAN DARAH

3. PENYAKIT-PENYAKIT ROHANI KERANA GANGGUAN SYAITAN
A. IMPAK PENYAKIT ROHANI YANG DISEBABKAN OLEH GANGGUAN SYAITAN
- Lemah Semangat
- Melahirkan Kebodohan
- Pendangkalan Rasa
- Gelisah Dan Keluh Kesah
- Liar Terhadap Kebenaran
- Prasangka Buruk Dan Curiga
- Suka Menghasut Dan Menimbulkan Sengketa
- Menaruh Hati Terhadap Wanita Yang Sudah Bersuami
B. KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN KERANA GANGGUAN SYAITAN
- Mengganggu Ketenangan
- Menjauhkan Diri Dari Tuhan
- Melumpuhkan Etika Kerja
- Merosakkan Badan Dan Saraf

4. 20 CARA MELAWAN SYAITAN
- Suka Memaafkan
- Menjalin Ukhwah
- Adil
- Menjaga Lidah
- Malu
- Berjihad Dan Berjuang
- Sabar Dan Syukur
- Memuliakan Ibu Bapa
- Memuliakan Jiran Tetangga
- Memerangi Tipu Daya Syaitan
- Menyambung Silaturahim
- Memuliakan Anak Yatim
- Banyak Mengingati Mati
- Banyak Melakukan Solat Tahajud
- Menghafal Al-Qur’an
- Melakukan Lima Perkara Yang Dicintai Allah
- Mencintai Rasulullah
- Menjadi Tujuh Golongan Yang Dicintai Allah
- Mempunyai Hikmah Dan Ilmu
- Berani Dan Istiqamah

5. PERTARUNGAN 24 JAM MELAWAN SYAITAN
A. PERTARUNGAN SAMPAI MATI
- Dikalahkan Oleh Syaitan
- Kalah Dan Menang
B. ELEMEN-ELEMEN DAN SENJATA MELAWAN SYAITAN
- Kalbu Atau Hati
- Akal
C. 10 JALAN MASUK SYAITAN DAN CARA MELAWANNYA
D. BENTENG MENGHADAPI GODAAN SYAITAN
E. 10 JAWAPAN MENGATASI BISIKAN IBLIS

6. GODAAN SYAITAN MENJELANG UMUR 40
A. UMUR YANG MENENTUKAN KEDEWASAAN
B. SYAITAN SEMAKIN BERMAHARAJALELA
Umur Yang Disukai Syaitan
Umur Yang Membinasakan

7. GODAAN SYAITAN MENJELANG UMUR 60
A. UMUR YANG PENUH KEISTIMEWAAN
B. KEKUATAN SYAITAN SEMAKIN BERKURANG
C. UMUR UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH (TAUBAT)

8. GODAAN SYAITAN MENJELANG UMUR
A. UMUR YANG DICINTAI OLEH PENDUDUK LANGIT
B. DITAKUTI SYAITAN
C. MENINGKATNYA SIFAT-SIFAT TAQWA

9. GODAAN SYAITAN MENJELANG UMUR 80
A. UMUR YANG MENGHAPUS KEBURUKAN
B. DIJAUHI SYAITAN

10. GODAAN SYAITAN MENJELANG UMUR 90
A. UMUR YANG MENGHAPUSKAN DOSA YANG TELAH LALU MAHUPUN YANG AKAN DATANG
B. SYAITAN MENYESAL DAN BERPUTUS ASA
C. MENCIUM BAU AJAL
11. GODAAN SYAITAN MENJELANG AKHIR HAYAT
A. GODAAN YANG MENENTUKAN
B. GODAAN YANG MELALAIKAN

12. GODAAN SYAITAN DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD
A. MEROSAKKAN DAN MEMBATALKAN AMAL IBADAT YANG DILAKUKAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN
B. MENGHANCURKAN UNSUR-UNSUR SYAITAN

13. BERSAMA IBLIS DI SAAT-SAAT SAKARATUL MAUT
A. TUJUH ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT
- Dihiasi Emas, Perak Dan Makanan Lazat
- Diperlihatkan Binatang Buas Dan Berbisa
- Diperlihatkan Binatang Kesayangan
- Diperlihatkan Orang Yang Paling Dibenci
- Diperlihatkan Orang Yang Paling Disayang
- Diperlihatkan Syurga Palsu
- Diperlihatkan Kebenaran Palsu
B. TIPU DAYA SYAITAN SEWAKTU SAKARATUL MAUT

14. GODAAN IBLIS YANG TERAKHIR DAN TAUBAT SEBELUM SAKARATULMAUT

15. DIHIMPUN BERSAMA IBLIS DI NERAKA

16. HARI TERAKHIR BERSAMA IBLIS

MEMOHON KEAMPUNAN : KAEDAH TERBAIK DALAM BERTAUBAT

MEMOHON KEAMPUNAN : KAEDAH TERBAIK DALAM BERTAUBAT
RM 4.00 

Pengarang : Syeikh Muhsein al-'Abbad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0289-1
Mukasurat : 64  Halaman
Status Stok : ADA




SINOPSIS :

Setiap hamba tidak terlepas daripada melakukan dosa. Sama ada dosa kecil mahu pun besar. Sedikit ataupun banyak. Namun, sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang mengakui kesilapan dan dosa yang dilakukan, kemudian, bertaubat dan memohon keampunan di atas dosa yang dilakukan itu.

Hamba yang berdosa masih dikasihi oleh ALLAH selagi dia memohon ampun. Malah segala dosanya akan gugur bersama titisan air matanya yang menyesal di atas perbuatan dosa yang dilakukan itu.

Buku ini menyediakan kaedah terbaik bagi seseorang hamba memohon ampun kepada TUHANnya. Mudah-mudahan setelah membaca buku ini, umat Islam lebih selalu bertaubat memohon ampun di atas dosanya.
 

PERSIAPAN MENGHADAPI HARI KEMATIAN

PERSIAPAN MENGHADAPI HARI KEMATIAN
RM 3.00 

Pengarang : Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0310-2
Mukasurat : 88 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata. Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat. Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan. Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian. Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina. Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan menghadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih. Oleh itu, berusahalah sentiasa untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.
 

SUCI DIRI MENCARI ILAHI

SUCI DIRI MENCARI ILAHI
RM 18.00 

Pengarang : Mohd Fikri Che Husin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0339-3
Mukasurat : 512 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
SINOPSIS :
 
DIA menetapkan bahawa kita wajib beribadat kepada-NYA Yang Maha Esa. Dihantarkan malaikat sebagai pembawa kalimah suci untuk disampaikan kepada Rasul-NYA. Maka berbicaralah ALLAH melalui al- Kitab dan Rasul-NYA. Dikhabarkan tentang syurga dan neraka agar mereka bersedia ketika menemui-NYA. Maka, tunduklah kepada setiap takdir yang ditentukan oleh-NYA.
DIA Yang Maha Agung menguji hamba-NYA. Ditetapkan agama yang satu sebagai jalan mencari reda-NYA. Pengakuan lidah dan hati akan keesaan-NYA dituntut setiap masa. Anggota badan menjadi saksi Rahman dan Rahim-NYA. Bersolat dengan khusyuk ketika menghadap-NYA. Berpuasa dan berzakat agar hidup lebih bermakna. Diperintahkan mengunjungi rumah-NYA sebagai tanda mengakui kebesaran Yang Maha Esa.
 

KEMBARA SEORANG HAMBA

KEMBARA SEORANG HAMBA
RM 15.00 

Pengarang : Dato' Shahnon Ahmad
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0352-2
Mukasurat : 320 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Kembara Seorang Hamba merupakan soliloquy iaitu monolog diri yang disampaikan dengan jelas dan berkesan tentang sahsiah manusia dalam ranjau duniawi. Menggunakan pendekatan al-Quran sebagai wadah penyucian jiwa dan menjadikan pengisiannya sebagai benteng yang utuh untuk merasai kasih sayang-NYA yang tiada bersyarat! 

MENYANGKAL KIAMAT 2012

MENYANGKAL KIAMAT 2012
RM 13.00 

 Pengarang : Muhammad Nizam Abd Razak
Penerbit : Kharisma Network Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5029-31-8
Status Stok : ADA






SINOPSIS :


Isu Paling Panas Abad Ini!
Syirik Bagi Yang Mempercayainya. Islam Menolak Ramalan!
Adakah bumi kita pada tahun 2012 akan hancur seperti apa yang diramalkan oleh media barat? Benarkah kiamat 2012 terjadi seperti yang digambarkan di dalam filem 2012?
Ramai penulis, buku-buku dan gambar-gambar yang menggambarkan kejadian yang akan menghancurkan bumi dan seisinya pada 2012. Adakah kita harus mempercayai akan ramalan yang digambarkan tersebut? Sebagai umat Islam, kita tetap menyakini bahawa kiamat pasti akan datang, kerana hal tersebut telah ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah An-Nahl:1
Hari kiamat pasti akan terjadi...Buku ini akan memberikan ulasan dan alasan supaya anda tidak cemas dengan tahun 2012 tetapi anda harus cemas menanti hari kiamat yang akan terjadi serta mempersiapkan diri dengan amalan dan ketaqwaan terhadap Allah Ta'ala.

ISLAM AGAMA SEMPURNA

ISLAM AGAMA SEMPURNA
RM 12.00 

Pengarang : Dr. Abdul Basit Bin Abdul Rahman
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-39-4
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Buku ini berasal daripada ceramah al-Imam al-Mufassir al-Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti yang disampaikan kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Tanah Suci. Hasil daripada isi kandung yang ringkas tetapi padat dengan fakta, ramai para pendengar telah meminta agar dibukukan untuk diperluaskan manfaatnya kepada umat Islam. Al-Imam al-Mufassir juga merupakan pengarang kitab Tafsir Adwa’ al-Bayan yang merupakan kitab tafsir yang mentafsirkan ayat al-Quran dengan menggunakan ayat al-Quran sendiri. 

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
RM 55.00 

Pengarang : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-30-1
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. 

UNTUKMU UMAT

UNTUKMU UMAT
RM 11.00 

Pengarang : Ust Zaharuddin bin Abd Rahman
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0331-7
Mukasurat : 304 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:
• Wanita dan wangian
• Batasan aurat wanita
• Jangan dayus wahai lelaki
• Maruah diri dan doa pelindung
• Adakah wanita dibenarkan bekerja?
Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.
 

MENDEKATI TUHAN

MENDEKATI TUHAN
RM 5.90 

Pengarang : Ainon Mohd, Arieff Salleh Rosman, Nabilah Hasan
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 983-192-031-7
Mukasurat : 64 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
"Walau dosamu memenuhi awan di langit, kemudian meminta ampun, tentu Tuhan mengampunimu."
Bahagian 1
Allah Maha Pengampun
Bahagian2
Selalu Memohon Ampun
Bahagian 3
Syurga bagi Orang Beriman
Bahagian 4
Pelapor-pelapor Hadis
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang membezakan antara kita adalah berusaha memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin bertemakan taubat dan mendekati Tuhan. Terdiri daripada koleksi ayat al-Quran dan hadis.
Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.
 

TIP-TIP APABILA MENZIARAHI ORANG SAKIT & KEMATIAN

TIP-TIP APABILA MENZIARAHI ORANG SAKIT & KEMATIAN
RM 5.90 

Pengarang : Nabilah Hasan, Arieff Salleh Rosman
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 983-192-042-2
Mukasurat : 63 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
“Ya Allah, hilangkan segala penyakit. Sembuhkan, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan....”
Adab Menziarahi Orang Sakit
Hikmah Menziarahi Orang Sakit
Doa bagi Orang Sakit
Sunat Bertanya mengenai Keadaan Pesakit
Bacaan bagi Orang yang Putus Harapan
Berbuat Baik kepada Orang yang akan Mati
Kebenaran untuk Mengaduh Kesakitan
Mengajar Mengucap kepada Pesakit
Adab Menziarahi Jenazah
Bacaan selepas Menutup Mata Jenazah
Berdoa untuk Jenazah
Kebenaran Menangisi Jenazah
Tidak Membuka Aib Jenazah
Sembahyang Jenazah dan Pengkebumian
Meramaikan Sembahyang Jenazah
Bacaan dalam Sembahyang Jenazah
Menyegerakan Pengurusan Jenazah
Segera Melangsaikan Hutang Jenazah
Nasihat di Tanah Perkuburan
Doa selepas Jenazah Dikebumikan
Memberi Sedekah bagi Pihak Jenazah
Pujian kepada Jenazah
Kelebihan Orang yang Kematian Anak Kecil
Menangis semasa Lalu di Kawasan Perkuburan
Setiap manusia pernah mengalami kesakitan. Setiap insan pasti menghadapi saat kematian. Pastinya sebelum terlantar kesakitan, terbaring nazak menunggu saat kematian, kita pernah melihat orang lain dalam keadaan demikian. Buku kecil ini mengandungi koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan adab dengan pesakit dan jenazah. Diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi dalam bentuk bahasa moden dan mudah difahami
 

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.