Showing posts with label QURAN DAN HADIS. Show all posts
Showing posts with label QURAN DAN HADIS. Show all posts

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL-KAHFI

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL-KAHFI
RM 20.00 

Pengarang : Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin, Ustaz Mohd Wahid Abd Haniff
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-014-0
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Membaca surah al-Kahfi merupakan salah satu amalan yang sunat dilakukan pada hari Jumaat atau malamnya.
Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-Kahfi, malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud:
“Maka, adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?”
 

101 REKREASI HATI

101 REKREASI HATI
RM 17.00 

 Pengarang : Dr. Zahazan Bin Mohamed, Nik Wafdi Nik Jaafar
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-020-1
Status Stok : ADA


 SINOPSIS :


Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Keistimewaan Buku ini
• Sesuai dibaca semua peringkat umur.
• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.
• Mendekatkan pembaca kepada hadis.
•Senang difahami dan dihayati.
•Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan.
• Sesuai untuk dijadikan cenderahati.
• Sebagai bimbingan kepada remaja.

HADIS 40 IMAM NAWAWI

HADIS 40 IMAM NAWAWI
RM 23.00 

Pengarang : Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-388-012-6
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.
Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

KENAL PEMBEZA HAK& BATIL

KENAL PEMBEZA HAK & BATIL
RM 15.00 

Pengarang : Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Rijal Media
ISBN : 978-967-5515-02-6
Mukasurat : 156 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Harus diingat betapa dalam dunia yang serba canggih kini, pelbagai kekeliruan disogokkan oleh musuh Islam. Terkadang ada kalimah yang disangka benar, tetapi ia mengundang kebatilan.

Ada juga perbuatan kelihatan santun, tetapi sarat dengan kemungkaran. Semua ini andai tidak mampu diperhalusi berdasarkan Furqaan yang telah diwahyukan Allah pasti akan membawa kehancuran kepada umat Islam.
Justeru, hasil kupasan Furqaan diharap akan dapat menjelaskan lagi beberapa perkara yang harus dijadikan amalan hidup umat masa kini.
Tok Guru membawa kita mengenali sudut hak dan batil yang sesungguhnya. Marilah kita selak naskah ini, agar dapatlah kita menerobos celahan kesamaran.Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama muslim.
 

KAEDAH AL-MATIEN MANTAP MENGAJI

KAEDAH AL-MATIEN MANTAP MENGAJI
RM 17.00 

Pengarang : Ustaz Zamri Zainuldin (Mari Mengaji), Ustaz Abd Wahid Mohd Hanif
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-33-2
Status Stok : ADA





SINOPSIS :


Mengikut Format Rasm Uthmani.
• Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca.
• Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut.
• Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran.
• Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan.
• Pendekatan potongan ayat secara berperingkat.
• Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas.
• Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas.
• Penerangan ringkas dan padat.
• Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).
 

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH YASIN

MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH YASIN
RM 12.00 

Pengarang : Ustaz Hj. Mohd Zamri Zainuldin, Ustaz Mohd Wahid Abd Haniff
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-55-4
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Surah Yasin antara surah yang sering dibaca terutama oleh masyarakat Melayu bagi memohon suatu hajat atau perlindungan kepada Allah SWT. Dalam majlis-majlis kesyukuran, mahupun musibah seperti kematian, lazimnya akan dibacakan surah Yasin. Buku ini digarap bagi menyingkap rahsia di sebalik ayat-ayat dalam surah Yasin yang mampu membawa kita menerobos ke dalam konteks yang lebih luas. Pemahaman mendalam dapat melahirkan kekhusyukan hati dan kehalusan jiwa apabila lidah menuturkan setiap patah perkataannya. Semoga buku kecil ini mampu menggambarkan keindahan surah Yasin dan berkongsi bersama masyarakat. 

RINGKASAN RIADHUS SOLIHIN

RINGKASAN RIADHUS SOLIHIN
RM 50.00 

Pengarang : Iman Nawawi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-75-2
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Riyadhus Solihin yang bermaksud Taman-Taman Orang Soleh ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi’i iaitu al-Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Solihin diringkaskan menjadi kitab Ringkasan Riyadhus Solihin oleh ulama terkenal Syaikh Yusof al-Nabhani. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis-hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak. 

HADIS 40 : IMAM NAWAWI

HADIS 40 : IMAM NAWAWI
RM 5.90 

Pengarang : Arieff Salleh Rosman, Ainon Mohd
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 983-192-018-X
Mukasurat : 70 Halaman






SINOPSIS :


"Berpegang teguhlah kamu pada 2 mutiara ini iaitu al-Quran dan sunnah, pasti kamu tidak sesat selamanya." (Nabi Muhammad)
Biografi Ringkas Imam Nawawi
1 Setiap Amalan Berdasarkan Niat
2 Islam, Iman dan Ihsan
3 Rukun Islam
4 Kejadian Manusia
5 Memperkenalkan Perkara Baru
6 Halal dan Haram Itu Jelas
7 Memberi Nasihat
8 Kehormatan Seorang Muslim
9 Larangan Mempertikai Nabi Muhammad
10 Syarat Doa Diterima
11 Buat Perkara yang Diyakini
12 Meninggalkan Perkara yang
Tidak Bermanfaat
13 Mengasihi Saudara Seagama
14 Hak untuk Hidup
15 Berbudi Bahasa, Menghormati Tetamu dan Jiran
16 Jangan Marah
17 Buat Baik
18 Takut kepada Allah
19 Bantuan Allah
20 Apabila Tidak Malu....
21 Berpegang Teguh dengan Islam
22 Jalan Menuju ke Syurga
23 Setiap Kebaikan Menjadi Sedekah
24 Mintalah kepada Allah
25 Kasih Sayang Allah yang Luas
26 Peluang Melakukan Kebaikan
27 Beza antara Pahala dan Dosa
28 Berpegang Teguh dengan Sunnah Nabi
29 Menjaga Tutur Kata
30 Batasan yang Ditetapkan Allah
31 Menjadi Manusia yang Disukai
32 Jangan Berbuat Jahat
33 Asas Pendakwaan dalam Islam
34 Wajib Mencegah Kemungkaran
35 Hak Bersaudara
36 Amalan-amalan Baik
37 Allah Maha Pemurah
38 Menjadi Kekasih Allah
39 Sebab Dimaafkan
40 Manusia dan Hidup di Dunia
41 Tiang Iman
42 Allah Maha Pengampun
Buku kecil ini menyediakan koleksi hadis sahih yang sebahagiannya diambil daripada kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Koleksi hadis ini mengandungi kaedah dan konsep penting Islam. Diolah semula dalam bentuk dan ayat yang mudah dibaca serta difahami.
Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.
 

AL-QURAN BERJALAN RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM (BUKU TEBAL)

AL-QURAN BERJALAN RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM (BUKU TEBAL)
RM 49.00 

Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-983-099-722-3
Mukasurat : 590 Halaman
Status Stok : ADA



 
SINOPSIS :


Dunia ini adalah hina dan tercela. Maka sungguh menghairankan jika ada manusia yang rela menjadi hamba-hamba dunia ini. Sungguh menghairankan mereka yang sujud dan merendahkan dirinya begitu rupa terhadap dunia. Sungguh menghairankan mereka yang tunduk tersungkur penuh rasa hormat terhadap dunia.
Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran dari hidup Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam'7 Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran dari risalah yang dibawa oleh Baginda? Tidakkah mereka mendengar bahawa Baginda wafat tidak meninggalkan apa-apa selain lembaran-Iembaran kemuliaan dan amal shalih?
Kita tidak mengatakan kepada manusia: "Tinggalkanlah harta-benda. keluarlah dari istana¬ istana kalian dan janganlah kalian mengenderai kenderaan !" Kita hanya mengatakan: "Tetaplah kalian tinggal di dalam istana dan rumah-rumah mewah kalian, kumpulkanlah harta benda, tunggangilah kenderaan-kenderaan kalian. Akan tetapi, kalian janganlah sekali-kali melupakan kewajipan kalian terhadap Dzat Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Ingatlah rumah masa depan kalian yang sempit (kubur). Ingatlah dari perjumpaan dengan Tuhan, hari di mana kalian akan datang dalam keadaan telanjang kaki dan badan. Dan ingatlah hari yang dikatakan Allah: "Seslingguhnya kamu darang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggatkan di belakangmu apa yang lelah Kami kurniakan kepadamu. dan Kami tiada melihat bersertamu pemberi syafa' at yang kamu anggap bahawa mereka itll sekutu-sekutu (Tlihan) di kalanganmu. Sungguh telah terputuslah (pertalian) antara kal1lll dan telah len'ap dari kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah) (AI¬ An'am: Ayat 94)
Oleh kerana itu, buku yang berada di tangan saudara ini cuba mengimbau kembali kisah bagaimana perjalanan hidup yang dilalui Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam dari mula Baginda dilahirkan hinggalah Baginda wafat untuk dijadikan sebagai panduan hidup kita di dunia ini supaya perjalanan hidup kita diredhai dan diberkati oleh Yang Maha Esa.
 

APA ITU ILMU HADIS?

APA ITU ILMU HADIS?
RM 9.00 

Pengarang : Hasnan Abu Bakar        
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-967-5137-22-8
Mukasurat : 88 Halaman
Status Stok : ADA
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.