Showing posts with label KARYA SENI. Show all posts
Showing posts with label KARYA SENI. Show all posts

HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI

HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI
RM 35.00 
Pengarang : E-Man Sufi
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-33-8
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
 Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH
RM 28.00
Pengarang : Hana Ilhami
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-34-5
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

CAHAYA QASEH

CAHAYA QASEH
RM 22.00
Pengarang : Kathy Tuah
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-21-5
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
"Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu."Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman.
"Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?" tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.
"Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh." Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.
"Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini." Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.
Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.
Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
RM 22.00
Pengarang : Airisz
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-15-4
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

TERLERAI KASIH

TERLERAI KASIH
RM 28.00
Pengarang : Rehan Makhtar
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-19-2
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi  cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa!  Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri
“Akaun dengan cinta, sama ke?”  tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket.
- Wafiah
“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri
Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

JODOH ITU MILIK KITA

JODOH ITU MILIK KITA
RM 26.00
Pengarang : Sara Aisha
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-14-7
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

SUNGGUH AKU MENGERTI

SUNGGUH AKU MENGERTI
RM 19.00
Pengarang : Amisha Dania
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-09-3
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Akanku padamkan tapak-tapak hitam yang mengekori langkahmu dengan buih-buih Kristal cintaku, moga bahagia akan menjadi milik kita selamanya.

Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?

Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.

"Kau diamlah. Lagipun, daripada kita kena culik, baik kita yang culik encik Danish ni, betul tak encik Danish?" entah bila masa Danisha Khalida jadi berani begitu, Zakiah pun tidak tahu. Tetapi dia cukup selamba menembak encik Danish.

"Ye…betul tu Nisha. Culiklah saya. Saya rela…" bergurau pula Tengku Isma Danish. Pecah berderai ketawa mereka bertiga. Tengku Isma Danish pun tidak tahu apa kena dengan dia hari ini. Rajin pula melayan budak-budak berdua ni. Selalunya dia tidak ambil pusing dengan budak-budak muda macam Zakiah dan Danisha Khalida ni, tapi hari ini…dia teruja betul dengan telatah mereka berdua.

AWAK SUKA SAYA TAK?

AWAK SUKA SAYA TAK?
RM 35.00
Pengarang : Melur Jelita
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-07-9
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"Hilman Yong
"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

DAN HATI PUN BERKATA

DAN HATI PUN BERKATA
RM 18.00
Pengarang : Nurriez
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-05-5
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.
 
"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"

"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"


RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang…?"

"Sudi, tapi bersyarat."

"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"

"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."

"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"

"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."

"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"
Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...

JAUH DARI CINTA

JAUH DARI CINTA
RM 21.00
Pengarang : Adah Hamidah
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-06-2
Status Stok : ADA

SINOPSIS :

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

BILA HATI KATA SAYANG

BILA HATI KATA SAYANG
RM 18.00
Pengarang : Marissa
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-01-7
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

TERLANJUR MENCINTAIMU

TERLANJUR MENCINTAIMU
RM 18.00
Pengarang : Shamnuriezmil
Penerbit : Penerbit Karyaseni
ISBN : 978-967-0246-00-0
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?
Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"
Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?
Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"
Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.