Showing posts with label BAKAL IBU. Show all posts
Showing posts with label BAKAL IBU. Show all posts

DOA MUSTAJAB IBU HAMIL

DOA MUSTAJAB IBU HAMIL
RM 14.90  

Pengarang : Ummi Maya
Penerbit : Al-Mihrab Publications
ISBN : 978-967-0426-16-7
Mukasurat : 200 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Buku ini memuatkan doa dan zikir untuk ibu hamil, ibadah harian, tips-tips sihat dan selamat serta beberapa buah kisah motivasi tentang kehamilan.
Hayati dan raihlah hikmah yang terkandung di dalam berdoa dan berzikir.

MENU UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK

MENU UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK
RM 8.00  

Pengarang : Imam Wahyu Winaris
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-967-0268-18-7
Mukasurat : 82 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik untuk bayi. Ia bukan sahaja mempunyai nilai yang besar dari sudut nutrisi dan keseimbangan diet untuk bayi malah dari sudut emosional dan spiritual ia mempunyai hubungan yang begitu akrab di antara si ibu dan si anak. Pakar nutrisi dan doktor amat menggalakkan penyusuan bayi dengan susu ibu. Malah mereka juga akan memberi maklumat dan tunjuk ajar bagaimana untuk memberikan sumber makanan yang terbaik ini untuk bayi yang telah dilahirkan.
Dari sudut lain pula akan timbul kerisauan di kalangan para ibu khususnya yang masih muda atau baru kali pertama menimang anak, iaitu tentang diet bagi si ibu. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang. Bagi sesetengah mereka agak terhad pilihan menu makanan yang sesuai untuk kaum ibu yang sedang menyusukan anak.
Tidak perlu bingung lagi kerana buku ini menyediakan variasi menu sihat dan sesuai untuk para ibu yang sedang menyusukan anak.

HEBATNYA SUSU IBU

HEBATNYA SUSU IBU
RM 23.00  

Pengarang : Rita Rahayu Omar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-639-9
Mukasurat : 208 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu bekerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai.
Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

URUTAN MESRA BUAT SI MANJA

URUTAN MESRA BUAT SI MANJA
RM 38.00  

Pengarang : Dr. Rlaine Fogel Schneider
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN : 978-967-369-145-6
Mukasurat : 203 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Langkah demi langkah, mudah, dan berkesan.
Anak sihat dan ceria, ibu bapa bahagia.
Kuasa sentuhan dan urutan sudah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan yang baik kepada bayi anda. Antara kebaikan mengurut bayi adalah seperti berikut:
- Membantu perkembangan dan tumbesaran badan bayi
- Meningkatkan perkembangan otak bayi
- Bayi lebih sihat dan selamat daripada serangan penyakit
- Memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi
- Mengurut bayi juga mempunyai manfaat yang besar kepada ibu bapa. Antaranya:
- Mengurangkan stres dan tekanan perasaan
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran mendidik anak
- Membina hubungan erat dan berkekalan dengan anak tersayang

SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA

SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA
RM 15.00  

Pengarang : Nur Khasanah
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-967-0267-82-1
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Buku ini memberi penjelasan yang lengkap dan tepat mngenai susu ibu dan susu formula. Apakah kandungannya dan apakah kelebihan dan kelemahannya, baik bagi ibu dan lebih-lebih lagi untuk bayi yang tersayang.
Selain itu, anda juga ditunjukkan teknik menyusukan bayi dengan betul. Termasuk cara memegang bayi semasa menyusu, posisi yang betul semasa menyusu dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda tidak dapat menyusukan bayi anda.

NAMA - NAMA INDAH UNTUK ANAK TERCINTA

NAMA - NAMA INDAH UNTUK ANAK TERCINTA
RM 9.00  

Pengarang : Abu Ezzat Al-Mubarak
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-967-0267-09-8
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Cahaya mata amat bernilai kepada sebuah rumahtangga bagaikan permata yang bercahaya malah penghibur kepada si ibu dan si ayah. Tanpa cahaya mata,hidup berumahtangga seakan tidak sempurna. Oleh kerana dia begitu berharga dan bernilai malah sebuah anugerah dan amanah Allah SWT maka menjadi kewajipan setiap ibu dan ayah memelihara dan mengasuhnya menjadi insan yang berguna.
Kerana mahukan cahaya mata itu menjadi permata bangsa dan agama maka Islam mengajar kita supaya menamakan anak-anak yang lahir ke dunia ini dengan nama yang mulia dan indah. Indah disebut maka mulia pula makna dan pengertiannya.
Mudah-mudahan panggilan itu dapat menjadi peribadi si anakku sehingga la menjadi insan yang soleh dan solehah. Sesungguhnya buku ini sebagai panduan khusus kepada ibu dan ayah untuk menamakan anak-anak yang sesuai dengan tuntutan ajaran Islam.

SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI

SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI
RM 35.00  

Pengarang : Ustaz Sharhan Bin Shafie
Penerbit : Vesselmas Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0299-36-5
Mukasurat : 262 Halaman
Status Stok : ADA




 

SINOPSIS :
 
Bonus VCD Seindah Nama Semurni Peribadi
Nama-nama mulia bayi Islam lelaki & perempuan.
Doa & zikir pilihan khusus ibu hamil agar anak lahir selamat, sihat, rupawan, soleh & solehah.

AMALAN & WIRID MUDAH BERSALIN

AMALAN & WIRID MUDAH BERSALIN
RM 13.00  

Pengarang : Abdullah Al-Qari b.Hj.Salleh (A.Q.HA.S)
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 9789830994741
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Pencapaian ilmu kedoktoran moden pada zaman ini mampu untuk mengatur kelahiran bayi menurut kepentingan dan kemasalahatan tertentu. Sehingga usaha yang dilakukan oleh ahli perubatan tersebut dapat membantu keselamatan dan kebaikan ibu dan bayi dan mengurangkan risiko yang akan terjadi. Akan tetapi tidak semua usaha yang dilakukan itu pasti dan tepat terjadi sesuai dengan perhitungan yang diharapkan.
Sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya, hendaklah mempersiapkan diri dengan panduan dan pedoman sunnah yang dapat membantu individu mempelancarkan lagi harapannya. Untuk membantu agar seorang wanita hamil memiliki kekuatan semangat dan mudah menghadapi keadaan sedang bersalin, hendaklah mengamalkan berbagai doa dan wirid-wirid tertentu serta surah dan ayat-ayat dalam Al Quran.
Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan amalan bagi wanita yang sedang mengandung dan hampir bersalin agar mudah menghadapi saat melahirkan anak. Insya Allah.

MUM 2 MUM, PREGANANCY GUIDE

MUM 2 MUM, PREGANANCY GUIDE
RM 18.90 

Pengarang : Azza Pawanchik
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5234-84-2
Mukasurat : 160 Halaman
Bahasa : Inggeris
Status Stok : ADA





 SINOPSIS :
 
Congratulations, you are expecting a baby! You are now embarking on a new phase in your life. It does not matter if you are a first time mom or not, each pregnancy can be significantly different in terms of your own personal experience. The next 40 weeks or so can be exciting, challenging but never boring.

MUM 2 MUM, GUIDE TO BABY CARE

MUM 2 MUM, GUIDE TO BABY CARE
RM 18.90 

Pengarang : Azza Pawanchik
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5489-05-1
Mukasurat : 160 Halaman
Bahasa : Inggeris
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS  :

Panduan asas untuk para ibu memberikan yang terbaik untuk menjaga bayi.
Some parenthood skills come naturally while others need to be nurtured and perfected through practice. Some will be easier for you than others; some will be easier on certain days than others. These variations are a normal part of raising a child, but they do make the job more challenging.  In this book, we have compiled for you some basic childcare suggestions to help you give your baby the best possible start in life.

AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT AL-QURAN, SUNNAH, & PENGALAMAN

AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT AL-QURAN, SUNNAH, & PENGALAMAN
RM 19.90 

Pengarang : Siti Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria & Jaafar Salleh
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-4244-86-X
Status Stok : ADA







SINOPSIS :
 
1. Panduan untuk ibu-ibu sedang mengandung,suri rumah, bakal pengantin, pengantin baru, pengantin veteran dan remaja yang bakal menempuh alam kedewasaan
2. Teks dipermudahkan dalam bentuk byline, flashers,nota ringkas, sub-tajuk, quotation dan kisah
3. Gambar foto yang realistik memberi gambaran bahawa kehamilan adalah sesuatu yang biasa dan mudah dilalui
4. Ilustrasi yang menarik, humorous dan merehatkan pembacaan anda
5. Gambarajah, carta, grafik, hiasan dan jadual menerangkan langkah yang lebih mudah difahami dan senang diingat
6. Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan
7. 104 muka surat penuh warna-warni yang menarik

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SIRI INI?
• Beli sekurang-kurangnya 2 naskhah: 1 untuk rujukan anda & 1 lagi untuk dihadiahkan kepada orang yang sesuai
• Bagi pengantin baru dan pasangan muda, baca bersama pasangan 3-4 muka sebelum tidur
• Baca bila anda bersendirian
• Beramal dengan khasiat ayat-ayat al-quran yang disarankan
• Jadikan bahan tazkirah selepas solat Subuh atau Maghrib berjemaah bersama pasangan
• Jadikan hadiah untuk pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, harijadi dan anak remaja yang bakal mendirikan rumahtangga
• Pinjamkan kepada kawan yang baru melangsungkan perkahwinan
• Beri hadiah apabila anda lihat pasangan itu lambat mengandung
• Tulis atau SMS kepada editor pengalaman anda menggunakan siri ini

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.