Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

URUTAN MESRA BUAT SI MANJA

URUTAN MESRA BUAT SI MANJA
RM 38.00  

Pengarang : Dr. Rlaine Fogel Schneider
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN : 978-967-369-145-6
Mukasurat : 203 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Langkah demi langkah, mudah, dan berkesan.
Anak sihat dan ceria, ibu bapa bahagia.
Kuasa sentuhan dan urutan sudah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan yang baik kepada bayi anda. Antara kebaikan mengurut bayi adalah seperti berikut:
- Membantu perkembangan dan tumbesaran badan bayi
- Meningkatkan perkembangan otak bayi
- Bayi lebih sihat dan selamat daripada serangan penyakit
- Memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi
- Mengurut bayi juga mempunyai manfaat yang besar kepada ibu bapa. Antaranya:
- Mengurangkan stres dan tekanan perasaan
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran mendidik anak
- Membina hubungan erat dan berkekalan dengan anak tersayang

MENDIDIK ANAK LELAKI

MENDIDIK ANAK LELAKI
RM 30.00 

Pengarang : Adnan Hasan Salleh
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0142-22-7
Mukasurat : 528 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :
 
Buku Mendidik Anak Lelaki menitikberatkan kepada pentingnya peranan ibubapa, khususnya bapa dalam memberikan perhatian dan bimbingan yang islamik secara berterusan kepada anak, khasnya anak lelaki. Mengapa bapa dan mengapa anak lelaki? Buku ini tidak bermaksud memandang remeh peranan ibu dan anak perempuan, namun kerana seorang bapa dan suami cenderung meninggalkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga, sekaligus sebagai pendidik anak-anaknya kerana sibuk bekerja...
Buku ini mesti dimiliki oleh para ibu bapa yang mengimpikan anak lelaki mereka menjadi pemimpin umat.

DIDIK ANAK URUS WANG

DIDIK ANAK URUS WANG
RM 15.00 


Pengarang : Siti Faaizah Ismail
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 978-983-3586-18-9
Mukasurat : 112 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Wang! Wang! Wang! Hendak makan perlu ada wang. Hendak membeli-belah perlu ada wang. Hendak pergi berjalan pun perlu ada wang. Malah, hendak masuk tandas awam pun kena ada wang. Itulah kehidupan masa kini. Pendek kata, manusia tidak dapat hidup tanpa wang kerana segala-galanya memerlukan wang. Tetapi awas! Jangan sampai jadi hamba wang. Wang untuk hidup, bukan hidup untuk wang. Jumlah wang yang kita ada tidak penting. Yang pentingnya, bagaimana kita mengurus wang yang kita ada itu.

Pendahuluan
Senario Wang
Pengurusan Wang dalam Keluarga


Bab 1: Anak-anak dan Wang
Ambil Kira Peringkat Umur Anak
Jadual Perkembangan Anak
Langkah Memperkenalkan Anak
dengan Pengurusan Kewangan


Bab 2: Mengajar Anak Mengurus Wang
Kaedah Konsisten
Cara Mengajar Anak Berkenaan Wang
Cara Anak Menerima Wang
Konsep Wang


Bab 3: Mengurus Wang Bermula dengan Elaun
Konsep Elaun
10 Rahsia Elaun
Hubungan Elaun dengan Kerja Rumah
Hubungan Elaun dengan Kerja Sekolah
Hubungan Elaun dengan Kasih Sayang


Bab 4: Melentur Anak Melalui Simpanan
Simpanan
Prinsip Simpanan
Tabung Ikan Paus
Jadikan Impian Satu Kenyataan
Buku Wang Saku


Bab 5: Bijak Berbelanja
Bagaimana Anak Anda Berbelanja?
Prinsip Perbelanjaan


Bab 6: Nilai Murni dalam Perkongsian
Perkongsian
Prinsip Perkongsian


Bab 7: Perangkap Hutang dan Urus Niaga Kredit
Kredit, Hutang dan Pinjaman
Prinsip Pinjaman


Bab 8: Mengurus dan Merekod Belanjawan
Belanjawan
Prinsip Belanjawan


Bab 9: Bijak Melabur
Celik Saham
Contoh Unit Amanah
Prinsip Pelaburan
SSPN


Bab 10: Latih Anak Jadi Usahawan
Usahawan Kecil
Prinsip Keusahawanan
Idea Mudah dan Kreatif bagi Mendapatkan Wang
Mudah Tetapi Lumayan


Bab 11: Pengaruh Iklan
Anak-anak dan Iklan
Peranan Iklan
Sejauh Mana Iklan Memainkan Peranan?


Bab 12: Penutup
Soalan Anda Jawapan Anda
Bibliografi
Lampiran: Saidina
Indeks


Anak-anak membesar, menjadi orang yang bijak pandai tetapi mereka mungkin tidak bijak mengendali wang. Semuanya kerana mereka tidak diasuh dan dididik sejak kecil bagi mengurus wang. Apatah lagi sistem persekolahan kita tidak menyediakan pendidikan kewangan kepada kanak-kanak dan ia tidak disajikan dalam rancangan televisyen. Hasilnya, mereka mengalami masalah kewangan dan sentiasa bergantung harap pada ibu bapa sepanjang masa kerana tidak mempunyai kemahiran mengurus wang.
Ramai ibu bapa berpendapat, adalah rumit bagi memberi perhatian pada pendidikan wang anak-anak apatah lagi dengan kesibukan ibu bapa bekerja. Ada pula yang menganggap pendidikan di sekolah sudah mencukupi bagi anak-anak menjadi orang yang bijak dalam semua hal. Itu salah sama sekali. Anak-anak yang tidak diajar mengendalikan wang menyebabkan mereka tidak ada tanggungjawab bagi mengurus wang apabila meningkat dewasa.

SEBELUM AKU BERNIKAH

SEBELUM AKU BERNIKAH
RM 20.00 

Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-411-071-0
Mukasurat : 216 Halaman
Status Stok : ADA







SINOPSIS :
 
Sebelum Aku Bernikah,
Telah aku lamar seorang perempuan,
Aku kira engkau adalah dia,
Aku berharap engkau adalah dia,
Boleh jadi bukan,
Boleh jadi ya,
Kerana engkau sahaja aku cinta,
Bukan tunangku,
Bukan yang nanti menjadi isteriku,
Melainkan dia adalah engkau,
Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku..

501 SOAL JAWAB PERKAHWINAN ISLAM

501 SOAL JAWAB PERKAHWINAN ISLAM
RM 17.50

Pengarang : Zawiah Hassan & Rohayati Bakri
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3372-22-5
Mukasurat : 272 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.

KELUARGAKU SYURGAKU

KELUARGAKU SYURGAKU
RM 10.00

Pengarang : Aa Gym
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3604-58-6
Mukasurat : 144 Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Semua orang mengimpikan sebuah keluarga bahagia. Namun, jalan bagi mendapatkannya bukan mudah seperti yang disangkakan. Ia memerlukan ilmu yang cukup, perancangan yang tersusun dan persiapan yang matang.

Aa Gym tampil dengan Keluargaku Syurgaku, panduan bagi membangun, memelihara dan mempersiapkan sebuah bahtera rumah tangga bahagia. Ia dipakejkan dalam bentuk yang ringkas, mudah dan menarik. Ia dibingkaikan dalam kerangka ‘Pengurusan Hati’ supaya mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Inilah panduan yang bakal memandu anda menjadikan keluarga sebagai asas kecemerlangan dunia dan akhirat. Keluargaku syurgaku.

BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU

BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU
RM 18.50

Pengarang : Salim A. Fillah
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0142-93-2
Mukasurat : 280 Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS :

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu hadir istimewa untuk wanita yang mendambakan kedamaian atmosfera syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka, demi memburu nikmatnya. Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui, dek menyaksikan mekarnya cinta para suami.
Bagaimana pula mereka yang bergelar lelaki? Seperlunya mereka juga tahu, bagaimana mahu memperlakukan wanita dengan seadilnya. Sudah tentu berdasarkan landasan yang diredai oleh Allah. Lelaki itu perlu menjaga tanpa mengekang, menghormati kebebasan namun tetap melindungi, menenangkan jiwa dan merawat lara.
Antara kupasan menarik dalam buku ini adalah:
* Isu kepimpinan, waris, dan agama
* Fesyen itu trend ataupun tuntutan agama?
* Kategori cinta manusia
* Konsep berhijab
* Pernikahan, apakah tujuannya?
* Kehebatan seorang ayah
* Kisah insprirasi rumahtangga yang mendidik jiwa
* Keagungan seorang ibu

Jadikan Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan, bagi memahami teman seperjalanan. Syurga…, destinasi abadi.

DASYATNYA DOA IBU

DASYATNYA DOA IBU
RM 14.90

Penulis : Syamsuddin Noor
ISBN : 978-983-3603-93-0
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Mukasurat : 224 Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Kata Pengantar vii
Bab 1: Doa Ibu Memberi Faedah
Setiap Doa Memberi Faedah
Doa Ibu Lebih Tajam daripada Pisau
Faedah Doa Ibu untuk Anaknya
Bab 2: Menyingkap Dahsyatnya Doa
Rahsia Dahsyatnya Doa
Doa adalah Ibadah
Doa adalah Otak Ibadah
Doa Itu Mulia di Sisi Allah
Doa Dapat Mengubah Takdir
Doa adalah Senjata yang Mujarab bagi Orang Beriman
Bab 3: Menyingkap Dahsyatnya Doa Ibu
Rahsia Dahsyatnya Doa Ibu
Kemuliaan Ibu sebagai Orang Tua
Kedudukan Ibu Lebih Mulia daripada Bapa
Dalil yang Menyatakan Dahsyatnya Doa Ibu
Bab 4: Bukti Dahsyatnya Doa Ibu
Maryam Wanita Mulia
Aisyah Bebas daripada Fitnah
Keluarga Khaulah binti Tsa’labah Terselamat
Seorang Ibu Bersama Anaknya Selamat daripada Bahaya
Lelaki Panjang Umur pada Zaman Nabi Sulaiman
Pemuda Derhaka Meninggal Dunia dalam Husnul Khatimah
Bab 5: Manfaat dan Kelebihan Doa Ibu
Doa Ibu seperti Doa Nabi untuk Umatnya
Doa Ibu Membawa Kemuliaan
Doa Ibu Dapat Menolak Fitnah
Doa Ibu Membawa Keselamatan
Doa Ibu Membawa Husnul Khatimah
Doa Ibu Membuka Pintu Rezeki
Doa Ibu Menyihatkan Keluarga
Doa Ibu Sumber Kekuatan Batin
Doa Ibu Pintu Hidayah Sepanjang Zaman
Bab 6: Berbakti dan Mendoakan Ibu
Kewajiban Berbakti kepada Orang Tua
Saranan Supaya Seorang Anak Lebih Mengutamakan Ibu
Lebih Menyayangi dan Memuliakan Ibu
Memandang Ibu dengan Penuh Kasih Sayang
Berkata dan Bersikap Lembut kepada Ibu
Menjaga Keredaan Ibu
Memohon Izin Apabila Masuk ke Bilik Ibu
Berdiri Apabila Menyambut Kedatangan Ibu
Memberi Bahagian yang Lebih Besar kepada Ibu Berbanding Bapa
Menjaga Ibu yang Tua dengan Baik
Berdoa untuk Ibu Semoga Allah Mengasihinya
Berterima Kasih dan Bersyukur
Sepuluh Hak Orang Tua yang Wajib Dipenuhi
Bab 7: Berbakti dan Berdoa Selepas Ibu Tiada
Kesempatan Berbakti Apabila Ibu Sudah Tiada
Mendoakan dan Memohonkan Keampunan untuk Ibu
Melaksanakan Wasiat dan Nazar
Bersilaturahim dengan Kaum Kerabat dan Menghormati Mereka
Taat kepada Ibu Saudara sebagai Pengganti Ibu
Menziarahi dan Berdoa di Kubur Ibu
Bersedekah untuk Ibu
Menunaikan Haji untuk Ibu
Tujuh Amal Soleh yang Terus Mengalir Pahalanya
Kemanisan Berbakti kepada Ibu
Bab 8: Derhaka kepada Ibu
Larangan Menderhaka kepada Ibu
Derhaka kepada Ibu Berdosa Besar
Bentuk-bentuk Penderhakaan kepada Ibu
Kesan Buruk Menderhaka kepada Ibu
Menderhaka kepada Ibu yang Zalim
Jalan Keluar bagi Anak yang Derhaka
Bab 9: Akibat Buruk Menderhaka kepada Ibu
Alqomah Tidak Boleh Mengucap Dua Kalimah Syahadat
Juraij Difitnah
Malin Kundang Menjadi Batu
Lelaki Berkepala Keldai Keluar dari Kubur dan Mendengking
Ahli Perniagaan yang Terpotong Tangannya
Rosli Mati Berdiri dengan Satu Kaki
Ulama Kudung Kedua-dua Kaki dan Tangan serta Matanya Tercungkil
Salmah Susah Melahirkan Anak
Saiful Lumpuh
Shima Meninggal Dunia Selepas Dilangkahi Ibunya
Budin Meninggal Dunia dengan Perut Keras Membatu
Bab 10: Menjadi Ibu Teladan
Ibu yang Berjaya Memiliki Karakter Unggul
Ibu yang Berjaya Selalu Menambah Ilmu
Ibu yang Berjaya Selalu Memberi Teladan
Ibu yang Berjaya Ikhlas Hatinya
Ibu yang Berjaya adalah Isteri yang Baik
Ibu yang Berjaya Hidup Bermasyarakat
Ibu yang Berjaya Bersifat Penyabar
Ibu yang Berjaya Selalu Realistik
Ibu yang Berjaya Bersifat Lemah Lembut
Bibliografi 211

101 AKHLAK RASULULLAH

101 AKHLAK RASULULLAH
RM 27.20

Pengarang : Rohayati Bakri
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5137-51-8
Mukasurat : 224 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Mengapa kita perlu berakhlak mulia? Kata ibu, orang yang berakhlak baik akan disayangi Allah dan rasul-rasulnya. Adik-adik mahu disayangi Allah dan rasul? Mari kenali akhlak-akhlak yang boleh boleh kita contohi melalui buku ini. Akhlak yang baik lahir daripada peribadi yang selalu ingin mencontohi Rasulullah. Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."

70 HADIS - MUDAH HAFAL MUDAH AMAL

70 HADIS - MUDAH HAFAL MUDAH AMAL
RM 21.25

Pengarang : Zahiruddin Zabidi, Najah Pauzi
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN : 978-967-366-114-5
Mukasurat : 160 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Himpunan 70 hadis mudah, ringkas dan senang untuk diamalkan. Padat dengan Ilustrasi yang menarik, dan disertakan dengan kaedah mudah untuk mengeja, menyebut dan menghafal hadis. Didik anak dengan sunnah, terdidik generasi, terjaga ummah.

101 INFO - SERONOKNYA BERSEDEKAH

101 INFO - SERONOKNYA BERSEDEKAH
RM 8.08

Pengarang : Ridwan Abqary
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-967-401-028-7
Mukasurat: 72 Halaman
Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Apakah pengertian sedekah yang sebenarnya? Adakah sedekah itu dibolehkan dengan wang sahaja? Bagaimana pula orang yang tidak cukup wang mahu bersedekah?
Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan sedekah untuk kanak-kanak. Ia juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak mengenai sedekah. 101 Info: Seronoknya Bersedekah memberi informasi mengenai sedekah secara santai dan menyeronokkan.

Makna Sedekah
Contoh Sedekah
Ikhlas Bersedekah
Sedekah dan Infak
Sedekah dan Zakat
Al-Quran dan Sedekah
Hadis dan Sedekah
Al-Quran dan Zakat
Orang yang Berhak Menerima Sedekah
Pahala Sedekah
Contoh Mulia Orang yang Bersedekah
Keutamaan Sedekah
Sedekah kepada Orang yang Salah
Sedekah di Bulan Ramadan I
Sedekah di Bulan Ramadan II
Sedekah dan Bersyukur
Sedekah dan Tolong-Menolong

HIKMAH WAKTU

HIKMAH WAKTU
RM 11.82

Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3357-22-2

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Pelajari doa-doa harian yang ringkas dan mudah dihafal.
Kadang-kadang kita tidak hafal doa-doa harian yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Sedangkan kita disunatkan membaca doa-doa itu. Buku Hikmah Waktu ini dapat membantu kanak-kanak menghafal doa-doa harian dan mengaitkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.

ISLAM PALING ASYIK

ISLAM PALING ASYIK
RM 11.82

Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3357-11-6

Status Stok : ADA






SINOPSIS :

Menerangkan mengenai rukun islam dengan terperinci.
Rukun Islam ada 5. Mengucap dua kalimah syahadat, sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Buku ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kelima-lima rukun. Tentu lebih seronok sekiranya sudah lebih memahami mengenai rukun Islam. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan segera buku ini bagi menambah koleksi ilmu pengetahuan adik-adik.

SOLAT-SOLAT SUNAT

SOLAT-SOLAT SUNAT
RM 11.82

Pengarang :
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3357-08-6

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Mari mengenal pelbagai jenis solat sunat.
Solat sunat adalah solat yang apabila dikerjakan mendapat pahala dan ditinggalkan tidak mendapat dosa. Solat sunat ada bermacam-macam jenis. Ada yang hukumnya sunat muakad dan sunat ghairu muakad. Jadi sekiranya adik-adik mahu mendapat lebih pahala, dapatkan buku ini supaya adik-adik dapat mempelajari mengenai solat sunat.

PERMAINAN, LAGU DAN PUISI KANAK-KANAK

PERMAINAN, LAGU DAN PUISI KANAK-KANAK
RM 16.15

Pengarang : Nani Menon
Penerbit : PTS Professional Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3376-06-1
Mukasurat : 114 Halaman

Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Anda sering kekeringan idea dalam mengajar kanak-kanak prasekolah? Buku ini membantu guru memilih permainan, sama ada permainan dalam ataupun luar bangunan. Setiap permainan disertakan dengan senarai keperluan, peraturan permainan dan cara bermain. Terdapat juga permainan yang tidak memerlukan alat bantuan tambahan sebagai alternatif kepada guru apabila alatan sukan tidak mencukupi. Terdapat juga lagu tradisional, nasyid, puisi dan teka teki.

DOA MURAH REZEKI

DOA MURAH REZEKI
RM 3.20 

Pengarang : Wan Shuhairi Wan Mohamad
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN : 978-967-366-128-2
Mukasurat : 48 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Hujan yang turun melimpahkan rahmat
Makanan yang baik dan halal membawa berkat
Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat
Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan  di akhirat
Rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah
Usaha perlu dikerah 
Penyerahan kepada-Nya jalan terindah
Pintalah dengan penuh kerendahan
Pasti Allah akan mengabulkan
Buku kecil ini menghimpunkan koleksi doa-doa murah rezekiyang dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis nabi.

AMALAN & DOA KESUKAAN NABI MUHAMMAD

AMALAN & DOA KESUKAAN NABI MUHAMMAD
RM 3.50 

Pengarang : Imam Nawawi
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd
ISBN : 978-967-366-126-8
Mukasurat : 64 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh beliau menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.
Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah. 
Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih  dalam kitab Riyadus solihin susunan Imam Nawawi.

BEKALAN UNTUK MUSAFIR

BEKALAN UNTUK MUSAFIR
RM 3.50 

Pengarang : Md. Amirol Ibrahim
Penerbit : PTS Darul Furqan Sdn Bhd
ISBN : 978-967-0127-32-3
Mukasurat : 88 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :
 
Buku ini membincangkan beberapa aspek penting dalam kehidupan seseorang individu Muslim terutama sepanjang bermusafir. Antara topik penting yang dikupas adalah ibadat, adab, amalan doa serta ayat-ayat al-Quran pilihan.

YASIN & TAHLIL EDISI PENGURUSAN JENAZAH

YASIN & TAHLIL EDISI PENGURUSAN JENAZAH
RM 3.50 

Pengarang : PTS Darul Furqan Sdn Bhd
Penerbit : PTS Darul Furqan
ISBN : 978-967-0127-10-1
Mukasurat : 84 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :
 
Buku Surah Yasin ini disertakan dengan beberapa tip mengurus jenazah sebagai kit dan panduan umum kepada orang awam yang menghadapi kematian ahli keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Beberapa panduan ringkas yang berguna bagi mereka yang menghadapi kematian ahli keluarga dan sebagainya. Contoh, sekiranya berlaku kematian dalam keluarga, apa yang perlu dilakukan, apakah bahan atau perkakasan yang perlu disediakan, bagaimanakah tatacara solat jenazah dan beberapa isu berkaitan situasi di kuburan.

Surah Yasin
Doa Yasin
Tahlil 
Doa Tahlil
Tip-tip Menziarahi Orang Sakit dan Nazak
Saat Ruh Terpisah Dari Badan
Tip-tip Menguruskan Jenazah
Panduan Solat Jenazah
Mengiringi Jenazah ke Pusara

PELANGI KASIH

PELANGI KASIH
RM 11.90 

Pengarang : Shaibah Abas
Penerbit : PTS One Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3654-42-0
Mukasurat : 176 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Amirul menerima kejutan apabila peristiwa 15 tahun dahulu terbongkar. Apabila Ayuni, kakak kembar kepada Amirul menyertai semula keluarganya. Kehadiran Ayuni ke dalam keluarga Encik Rafiq bukan seperti yang dijangkakan.
Bukan kerana Ayuni jahat, malah Ayuni terlalu baik dengan Amirul. Bukan kerana Ayuni cuba merampas kasih sayang Encik Rafiq, malah Encik Rafiq tetap melebihkan Amirul. Tetapi kerana Ayuni mengingatkan Amirul pada satu kejadian yang tidak mungkin Amirul lupakan. Sehinggakan Amirul mencuba pelbagai cara bagi menyingkirkan Ayuni.
Di pihak Ayuni, dia juga mencuba pelbagai cara supaya Amirul menerimanya sebagai kakak kembarnya. Jadi bagaimana konflik antara kembar ini akan berakhir? Kemenangan di pihak Ayuni ataupun kejayaan di pihak Amirul?
Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.