MENU UNTUK IBU MENYUSUKAN ANAK
RM 8.00
Pengarang : Imam Wahyu Winaris
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-967-0268-18-7
Mukasurat : 82 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik untuk bayi. Ia bukan
sahaja mempunyai nilai yang besar dari sudut nutrisi dan keseimbangan
diet untuk bayi malah dari sudut emosional dan spiritual ia mempunyai
hubungan yang begitu akrab di antara si ibu dan si anak. Pakar nutrisi
dan doktor amat menggalakkan penyusuan bayi dengan susu ibu. Malah
mereka juga akan memberi maklumat dan tunjuk ajar bagaimana untuk
memberikan sumber makanan yang terbaik ini untuk bayi yang telah
dilahirkan.
Dari sudut lain pula akan timbul kerisauan di kalangan para ibu
khususnya yang masih muda atau baru kali pertama menimang anak, iaitu
tentang diet bagi si ibu. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang. Bagi
sesetengah mereka agak terhad pilihan menu makanan yang sesuai untuk
kaum ibu yang sedang menyusukan anak.
Tidak perlu bingung lagi kerana buku ini menyediakan variasi menu sihat dan sesuai untuk para ibu yang sedang menyusukan anak.
No comments:
Post a Comment