DIDIK ANAK URUS WANG

DIDIK ANAK URUS WANG
RM 15.00 


Pengarang : Siti Faaizah Ismail
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 978-983-3586-18-9
Mukasurat : 112 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Wang! Wang! Wang! Hendak makan perlu ada wang. Hendak membeli-belah perlu ada wang. Hendak pergi berjalan pun perlu ada wang. Malah, hendak masuk tandas awam pun kena ada wang. Itulah kehidupan masa kini. Pendek kata, manusia tidak dapat hidup tanpa wang kerana segala-galanya memerlukan wang. Tetapi awas! Jangan sampai jadi hamba wang. Wang untuk hidup, bukan hidup untuk wang. Jumlah wang yang kita ada tidak penting. Yang pentingnya, bagaimana kita mengurus wang yang kita ada itu.

Pendahuluan
Senario Wang
Pengurusan Wang dalam Keluarga


Bab 1: Anak-anak dan Wang
Ambil Kira Peringkat Umur Anak
Jadual Perkembangan Anak
Langkah Memperkenalkan Anak
dengan Pengurusan Kewangan


Bab 2: Mengajar Anak Mengurus Wang
Kaedah Konsisten
Cara Mengajar Anak Berkenaan Wang
Cara Anak Menerima Wang
Konsep Wang


Bab 3: Mengurus Wang Bermula dengan Elaun
Konsep Elaun
10 Rahsia Elaun
Hubungan Elaun dengan Kerja Rumah
Hubungan Elaun dengan Kerja Sekolah
Hubungan Elaun dengan Kasih Sayang


Bab 4: Melentur Anak Melalui Simpanan
Simpanan
Prinsip Simpanan
Tabung Ikan Paus
Jadikan Impian Satu Kenyataan
Buku Wang Saku


Bab 5: Bijak Berbelanja
Bagaimana Anak Anda Berbelanja?
Prinsip Perbelanjaan


Bab 6: Nilai Murni dalam Perkongsian
Perkongsian
Prinsip Perkongsian


Bab 7: Perangkap Hutang dan Urus Niaga Kredit
Kredit, Hutang dan Pinjaman
Prinsip Pinjaman


Bab 8: Mengurus dan Merekod Belanjawan
Belanjawan
Prinsip Belanjawan


Bab 9: Bijak Melabur
Celik Saham
Contoh Unit Amanah
Prinsip Pelaburan
SSPN


Bab 10: Latih Anak Jadi Usahawan
Usahawan Kecil
Prinsip Keusahawanan
Idea Mudah dan Kreatif bagi Mendapatkan Wang
Mudah Tetapi Lumayan


Bab 11: Pengaruh Iklan
Anak-anak dan Iklan
Peranan Iklan
Sejauh Mana Iklan Memainkan Peranan?


Bab 12: Penutup
Soalan Anda Jawapan Anda
Bibliografi
Lampiran: Saidina
Indeks


Anak-anak membesar, menjadi orang yang bijak pandai tetapi mereka mungkin tidak bijak mengendali wang. Semuanya kerana mereka tidak diasuh dan dididik sejak kecil bagi mengurus wang. Apatah lagi sistem persekolahan kita tidak menyediakan pendidikan kewangan kepada kanak-kanak dan ia tidak disajikan dalam rancangan televisyen. Hasilnya, mereka mengalami masalah kewangan dan sentiasa bergantung harap pada ibu bapa sepanjang masa kerana tidak mempunyai kemahiran mengurus wang.
Ramai ibu bapa berpendapat, adalah rumit bagi memberi perhatian pada pendidikan wang anak-anak apatah lagi dengan kesibukan ibu bapa bekerja. Ada pula yang menganggap pendidikan di sekolah sudah mencukupi bagi anak-anak menjadi orang yang bijak dalam semua hal. Itu salah sama sekali. Anak-anak yang tidak diajar mengendalikan wang menyebabkan mereka tidak ada tanggungjawab bagi mengurus wang apabila meningkat dewasa.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.