AL-QURAN BERJALAN RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM (BUKU TEBAL)
RM 49.00
Pengarang : Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
ISBN : 978-983-099-722-3
Mukasurat : 590 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Dunia ini adalah hina dan
tercela. Maka sungguh menghairankan jika ada manusia yang rela menjadi
hamba-hamba dunia ini. Sungguh menghairankan mereka yang sujud dan
merendahkan dirinya begitu rupa terhadap dunia. Sungguh menghairankan
mereka yang tunduk tersungkur penuh rasa hormat terhadap dunia.
Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran dari hidup Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam'7 Mengapa mereka tidak mengambil pelajaran
dari risalah yang dibawa oleh Baginda? Tidakkah mereka mendengar bahawa
Baginda wafat tidak meninggalkan apa-apa selain lembaran-Iembaran
kemuliaan dan amal shalih?
Kita tidak mengatakan kepada manusia: "Tinggalkanlah harta-benda.
keluarlah dari istana¬ istana kalian dan janganlah kalian mengenderai
kenderaan !" Kita hanya mengatakan: "Tetaplah kalian tinggal di dalam
istana dan rumah-rumah mewah kalian, kumpulkanlah harta benda,
tunggangilah kenderaan-kenderaan kalian. Akan tetapi, kalian janganlah
sekali-kali melupakan kewajipan kalian terhadap Dzat Yang Maha Hidup
lagi Maha Berdiri Sendiri. Ingatlah rumah masa depan kalian yang sempit
(kubur). Ingatlah dari perjumpaan dengan Tuhan, hari di mana kalian akan
datang dalam keadaan telanjang kaki dan badan. Dan ingatlah hari yang
dikatakan Allah: "Seslingguhnya kamu darang kepada Kami sendiri-sendiri
sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggatkan di
belakangmu apa yang lelah Kami kurniakan kepadamu. dan Kami tiada
melihat bersertamu pemberi syafa' at yang kamu anggap bahawa mereka itll
sekutu-sekutu (Tlihan) di kalanganmu. Sungguh telah terputuslah
(pertalian) antara kal1lll dan telah len'ap dari kamu apa yang dahulu
kamu anggap (sebagai sekutu Allah) (AI¬ An'am: Ayat 94)
Oleh kerana itu, buku yang berada di tangan saudara ini cuba
mengimbau kembali kisah bagaimana perjalanan hidup yang dilalui Baginda
Shallallahu 'alaihi wasallam dari mula Baginda dilahirkan hinggalah
Baginda wafat untuk dijadikan sebagai panduan hidup kita di dunia ini
supaya perjalanan hidup kita diredhai dan diberkati oleh Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment