RM 19.00
Pengarang : A'je Fazlina
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-16-9
Status Stok : ADA
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-16-9
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak.
Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia.
Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan.
Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.
No comments:
Post a Comment