PERSIS SEBUTIR PASIR

PERSIS SEBUTIR PASIR
RM 22.00
Pengarang :Manjlara
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN :978-967-5118-04-3
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidak sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya yang tersendiri. 
Jika tidak kerana bintangmasihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam? Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantikmungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap? Jika tidak ditemani bintangmahukah bulan muncul bersendirian di dada langit? 
...aku hanya ingin jadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu...
WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai ‘sijil’ buat Kasih? ‘Sijil’ yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?
IRWAN ZAHIR
Kasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada ‘jalan’ lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?
Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.
~~O~~
Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.