SEMALAM YANG KUTINGGALKAN

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
RM 21.00
Pengarang : Laila Hanni
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
ISBN : 978-967-0448-12-1
Status Stok : ADA

SINOPSIS :
Munirah dan Muhammad Izwan bertemu dalam usia yang terlalu muda untuk gadis itu memaknakan sebuah hubungan dengan suatu ikatan yang lebih bererti. Mereka terpisah setelah Muhammad Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya. Munirah pula telah dibawa pergi oleh emak saudaranya selepas kematian semua ahli keluarganya akibat satu kemalangan. Membesar dalam keluarga angkat yang penuh dengan kasih sayang, Munirah jadi terhutang budi, terutamanya kepada Kak Reen, kakak sepupunya yang berkongsi segala-galanya dalam hidup remaja mereka.
Setelah dewasa dan baru sahaja memulakan pengajiannya di peringkat unversiti, Munirah dan Izwan bertemu kembali. Namun kali ini pertemuan mereka masih tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa kerana hanya beberapa hari sahaja lagi Izwan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kak Reen. Munirah pasrah kerana menganggap hubungan antara dia dan Izwan dahulu cumalah satu kenangan indah yang dilaluinya semasa remaja. Namun tidak begitu bagi Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta yang hilang. Tetapi Munirah tidak sesekali akan menghancurkan hati dan perasaan mak ngah dan Kak Reen.
Selepas menamatkan pengajian, Munirah dikejutkan apabila mengetahui bahawa Izwan meminta izin daripada Kak Reen untuk memperisterikannya. Dalam serba salah Munirah tidak mampu menolak takdir yang telah ditentukan untuknya. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yang mengalami masalah untuk mengandung, dia menerima walaupun hatinya tidak merelakan sepenuhnya. Perkahwinan direstui walaupun ada hati yang terluka.
Munirah hamil dalam tempoh yang begitu singkat selepas diijabkabulkan. Selepas melahirkan Aisyah Maisarah, mereka bertiga cuba memainkan peranan masing-masing dalam membahagiakan rumah tangga mereka.
Namun, apakah bahagia antara Munirah dan Izwan itu kekal hingga ke hujung hari? Tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yang rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah tiada badai yang akan melanda hubungan cinta tiga segi antara Munirah, Izwan dan Kak Reen? Apakah tega Munirah memilih di antara anaknya Sarah dengan insan yang luhur mencintainya Umar Rafiki? Samasama kita hayati cerita ‘Semalam Yang Kutinggalkan’ yang penuh gembira dan emosi ini.
“Aku ingin menjadi cinta terakhirmu… meskipun aku bukan cinta pertamamu….”

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.