RM 17.00
Pengarang : Abdul Hakim Ahmad
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 9789675137402
Mukasurat : 192 Halaman
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 9789675137402
Mukasurat : 192 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Pahlawan sering didefinisikan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah.
Mereka lahir pada setiap zaman dan di setiap kelompok kaum. Tiada kod yang boleh mendefinisikan seseorang itu pahlawan dengan tepat. Namun, kewujudan mereka bagai diperlukan bagi mengimbangi antara kejahatan dengan kebaikan. Nama-nama seperti Alexander the Great, Spartan, Troy, Julius Caesar, Gengis Khan dan sebagainya menunjukkan bagaimana pahlawan itu dinobat dengan kegagahan, kecergasan dan kecerdasan mental yang kuat dalam menguasai sesuatu pertempuran.Muhammad putera Abdullah bin Abdul Mutalib juga tidak terkecuali. Malah, beliau lebih berjaya dalam mengimbangi antara kegagahan fizikal, kecerdasan mental dan ketinggian rohani dalam sebarang situasi.
Buku Muhammad bin Abdullah: Peribadi Seorang Pahlawan, meluaskan persepsi mengenai ciri bagaimana peribadi pahlawan yang cemerlang dan seimbang daripada pelbagai aspek. Turut menyentuh:
* Bagaimana ciri kepahlawanan Nabi Muhammad dibentuk.
* Cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang hidup.
* Ciri kepahlawanan yang ada pada Nabi Muhammad.
* Tegas kepada musuh, lemah lembut kepada umatnya.
Abdul Hakim Ahmad adalah pembantu tadbir kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran dan Undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bab 1: Bermula Kehidupan Anak Yatim
Dadanya Dibelah
Jiwa yang Mantap
Sikap Bertanggungjawab
Merentasi Padang Pasir
Jiwa Pahlawan Mula Berputik
Ikrar Hilful Fudhul
Bab 2: Pahlawan yang Sempurna
Sifat Jasmani
Keperibadian
Disegani Kawan dan Lawan
Keluhuran Peribadi
Bab 3: Suami Contoh
Khadijah binti Khuwailid
Juwairiah binti Harith
Bab 4:Langkah Pertama Menyebarkan Agama
Memulakan Gerakan Dakwah Seorang Diri
Godaan Quraisy dengan Kemewahan
Seksaan Fizikal
Tahun Kesedihan
Abu Jahal Membalas Dendam
Peristiwa di Gua Thur
Dikejar Pembunuh Upahan
Bab 5: Ketua Panglima di Medan Perang
Perang Badar
Peperangan Qarqaratul Qudur
Memerangi Kaum Yahudi Bani Qainuqa’
Perang Sawiq
Perang Ghatafan
Perang Buhran
Perang Uhud
Perang al-Qarad
Memerangi Kaum Asad
Memerangi Yahudi Bani Nadhir
Perang Khandak
Memerangi Kaum Lihyan
Perang Khaibar
Perang Mu’tah
Penaklukan Mekah
Perang Hunain
Perang Tabuk
Bab 6: Peralatan Perang dan Komen Para Sahabat
Kelengkapan Perang Pahlawan
Cerita–Cerita Sahabat Berkenaan Kepahlawanan Nabi Muhammad
Kata-Kata Pahlawan Sebenar
Bab 7: Pemaaf tanpa Dendam
Khalid bin Walid
Safwan bin Umaiyah
Hindun
Wahsyi bin Harb
Abu Sufyan bin Al-Harith
Sumamah bin Usal
Bab 8 Pandangan Tokoh Bukan Islam pada Muhammad
Encyclopedia Britannica
Mahatma Gandhi
Sir George Bernard Shaw
Michael H. Hart
Lamar time, Histoire de la Turquie, Paris
K. S. Ramakrishna Rao, Professor Philosophy
Prof. (Snouck) Hurgronje
Thomas Carlyle
Edward Gibbon dan Simon Ockley
Sarojini Naidu, Penyair Terkenal India
Diwan Chand Sharma
James A. Michener
W. Montgomery Watt
Annie Besant
Bosworth Smith
John William Draper, M.D., L.L.D.
John Austin
Professor Jules Masserman

Menerima pandangan sahabat
Perang Badar adalah pertembungan saudara, iaitu satu bangsa yang mempunyai pertalian darah yang berlainan agama. Namun, bagi membela agama Islam daripada sebarang ancaman dan pencerobohan, semua itu terletak lebih bawah daripada kepentingan agama. Peperangan itu melibatkan kekuatan tentera musuh seramai 950 orang anggota, melebihi dua kali ganda dengan tentera Islam yang mempunyai 306 orang.
Akhirnya, tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad berjaya menjatuhkan air muka dan rasa sombong puak musyrikin Quraisy. Cerita yang dapat dipetik daripada peristiwa Perang Badar adalah cara kepimpinan nabi yang tidak menghalang dirinya menerima pendapat anggota tentera lain.
Semasa Perang Badar berlaku, Nabi Muhammad dan tenteranya berkhemah di kawasan yang mempunyai mata air. Kawasan mata air ini adalah yang terawal akan ditemui apabila berjalan dari arah Madinah. Salah seorang sahabat yang ditugaskan memilih tempat perkhemahan dalam setiap peperangan, Hubbab bin Munzir, bertemu Nabi Muhammad. Beliau ada pendapat beliau sendiri apabila Nabi Muhammad mengarahkan tenteranya berkhemah di situ.
Hubbab berkata, “Wahai Nabi Allah! Adakah tempat ini tuan pilih kerana salah satu daripada muslihat perang atapun arahan daripada Allah yang tidak boleh ditukar lagi?”
“Sebenarnya ini hanyalah pendapatku dan helah dalam perang sahaja, wahai Hubbab,” jawab Nabi Muhammad.
Lalu Hubbab mengutarakan pendapatnya, “Wahai kekasih Allah, tempat ini tidak sesuai sebagai muslihat perang. Bagaimana jika tuan arahkan tentera kita berkhemah ke hadapan sedikit dari sini yang hampir dengan pihak musuh. Mata air ini kita timbus. Bagi menggantikannya, kita bina pula kolam baru yang lebih besar dan penuhkan dengan air. Dengan demikian, kita memperoleh air yang cukup. Pihak musuh pula tidak mendapatkannya.”
Nabi Muhammad mendengar rancangan Hubbab dengan teliti. Selepas nabi mengkaji kata-kata Hubbab itu, nabi pun mengarahkan tentera-tenteranya bergerak ke hadapan dari mata air. Kemudian, kolam yang agak besar digali menggantikan mata air yang berada di belakang. Mata air itu dikambus supaya pihak musuh tidak mendapatkannya.
Apabila perang meletus, pihak musuh yang berperang bersunggh-sungguh itu mengalami kekurangan air. Mereka terpaksa bertempur dengan tentera Islam bagi mendapatkan sumber air daripada kolam yang ada pada pihak tentera Islam atau mata air yang berada di belakang tentera Islam. Tentera Islam mendapat sumber air yang banyak. Mereka berperang dengan bersungguh-sungguh sehingga akhirnnya berjaya mengalahkan pihak musuh.
Walaupun Hubbab hanyalah tentera biasa, namun ia mempunyai perancangan yang baik. Nabi Muhammad gembira dengan perancangan Hubbab yang memberikan kejayaan kepada tentera Islam. Beliau menghargai apa juga pendapat daripada sahabat-sahabatnya.

No comments:
Post a Comment