TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI
RM 18.00
Pengarang : Zuhriah Mohamad Juoi
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0368-3
Mukasurat : 400 Halaman
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Aku Terima nikahnya… Lafaz ijab dan kabul seorang suami, tanda
halalnya suatu perhubungan. Doa dipohon agar keberkatan mewarnai
kebahagiaan, semanis iman Siti Khadijah di sisi Rasulullah. Azam
dipahat, mahu menjadi isteri solehah bersulamkan cinta dan takwa,
menegakkan syariat dalam kehidupan. Moga ikatan suci ini dianugerahkan
zuriat soleh, pengikat kasih penyeri kebahagiaan.
Namun, lumrah
hidup… andai sesekali musibah menerjah, tergugatkah iman, tercalarkah
ketakwaan? Andai masih kenal erti syukur, alhamdulillah… pasti tidak
mudah melatah kerana yakin bahawa ujian itu adalah perlambangan kasih
sayang-NYA. Ranjau hidup ini mesti ditempuh, kepada Ya Rabb dipohon
ketenangan.
TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI mengadun 1001
rasa; suka duka, pengalaman serta sketsa kehidupan. Setiap patah kata
mengajak kita mendidik hati dengan menjadikan agama dan sunah sebagai
tunjang peribadi. Iqra… bacalah… untuk sesuatu yang bermanfaat buat
diri. Mudah-mudahan perkongsian ini mampu mencipta kehidupan yang
dilimpahi rahmat dan kasih sayang ILAHI.
No comments:
Post a Comment