TAUBAT TASBIH TAHAJUD

TAUBAT TASBIH TAHAJUD
RM 35.00 

Pengarang : Zaini Ali Akbar
Penerbit : PTS Millenia
ISBN : 9789833372355
Mukasurat : 352 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Kata Pengantar
Prakata

Bab 1: Jalan Cepat Mendekatkan Diri kepada Allah
Keperluan Mendekatkan Diri kepada Allah
Asas Amal adalah Tauhid dan Ikhlas
Hijab Hati
Berhati-hati dalam Kehidupan di Dunia
Tanda-tanda Hati yang Mencintai Dunia
Kehidupan Dunia Menurut Quran dan Hadi
Mengendalikan Nafsu
Berhati-hati dengan Perilaku Iblis dan Syaitan
Dialog Iblis dengan Para Nabi dan Rasul
Syaitan Menemui Para Sahabat dan Orang Soleh
Setiap Manusia ada Syaitannya
Senjata yang Melumpuhkan Iblis dan Syaitan
Perilaku Manusia yang Menutup Hati
Pembedahan Dada
Visi dan Misi Manusia

Bab 2: Bertaubat kepada Allah: T ke-1   
Pengertian Taubat
Bertaubat dan Membedah Dada
Batasan Taubat Manusia
Mendirikan Solat Taubat
Pentingnya Bertaubat
Taubat Para Malaikat
Taubat Nabi Adam
Taubat Nabi Noh
Taubat Nabi Musa
Taubat Nabi Daud
Taubat Nabi Sulaiman
Taubat Nabi Yunus
Taubat Nabi Muhammad dan Umatnya
Antivirus Hati
Jalan Menuju Batin yang Kondusif
dalam Solat
Memahami Perjalanan Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad
Mendirikan Solat dengan Khusyuk
Bersuci Sebelum Solat
Tatacara Mendirikan Solat Taubat
Etika Berdoa
Larangan Sewaktu Berdoa
Bertaubat dengan Beristighfar dan Berdoa
Bertaubat dengan Berzikir
Hikmah Bertaubat
Hikmah Bertaubat kepada Allah
Menyucikan Hati yang Berkarat

Bab 3: Bertasbih kepada Allah: T ke-2   
Asas Perintah Bertasbih
Hikmah Solat Tasbih
Landasan Solat Tasbih
Tatacara Solat Tasbih
Zikir Sesudah Solat Tasbih dan
Asas Amalannya
Hikmah Bertasbih dan Solat Tasbih

Bab 4: Mendirikan Solat Tahajud: T ke-3   
Asas Perintah Solat Tahajud
Hadis yang Memerintahkan Solat Tahajud
Waktu Melaksanakan Solat Tahajud
Keutamaan Sepertiga Akhir Malam
Tatacara Solat Tahajud
Jumlah Rakaat Solat Tahajud
Hikmah Solat Tahajud

Bab 5: Zikrullah   
Perintah Berzikir dalam Quran
Hikmah Zikrullah
Keutamaan Majlis Zikir
Kedudukan Orang yang Duduk dalam Suatu
Majlis Zikir tetapi Tidak Berzikir
Tawaduk
Mengamalkan 3T Secara Individu
Mengamalkan 3T dalam Majlis Zikir
Asas Melaksanakan 3T dalam Majlis Zikir
Hikmah Majlis Zikir
Hikmah Bertaubat dalam Majlis Zikir
Hikmah Solat Tasbih
Hikmah Solat Tahajud
Hikmah Berzikir
Hikmah Majlis Zikir 3T

Keperluan Mendekatkan Diri kepada Allah
Mengapa kita perlu mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh? Bukankah Allah itu berada dekat dengan hamba-hambanya, malah Allah berada lebih dekat dengan kita daripada urat leher kita sendiri?
Allah berkata, “Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu kerana sesungguhnya goncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang besar. Ingatlah pada hari ketika kamu melihat goncangan itu, wanita-wanita yang sedang menyusukan anak lupa kepada anak-anak mereka dan wanita yang hamil gugur kandungannya. Kamu melihat manusia dalam keadaan mabuk tetapi sebenarnya mereka tidak mabuk. Azab Allah itu begitu keras.” (al-Hajj, ayat 1 hingga 2)
Selepas Nabi Muhammad menerima wahyu Allah di atas, Imran bin Husain menjelaskannya seperti berikut, “Ketika wahyu Allah itu diturunkan, Nabi Muhammad sedang berada dalam perjalanan. Beliau menyampaikan wahyu itu kepada para sahabat dan bertanya, ‘Tahukah kamu, hari apakah itu?’ Para sahabat menjawab, ‘Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui’. Nabi berkata, ‘Itu adalah hari apabila Allah berkata pada Nabi Adam, ‘Perintahkan rombongan manusia berangkat ke neraka!’ Nabi Adam bertanya, ‘Berapa ramaikah manusia dalam rombongan ke neraka itu, ya Allah?’ Allah menjawab, ‘Daripada 1,000 orang, 999 orang pergi ke neraka dan seorang sahaja masuk syurga!’
Mendengarkan hal itu, kaum Muslimin yang bersama Nabi Muhammad ketika itu menangis. Kemudian Nabi Muhammad berkata, ‘Hendaklah kamu mendekatkan diri kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Jumlah 999 orang yang masuk ke dalam neraka itu diambil daripada orang-orang jahiliah sehingga cukup. Apabila jumlah itu tidak mencukupi, maka Allah mencukupkannya daripada golongan orang munafik. Perbandingan kamu semua dengan umat-umat lain umpama belang di kaki binatang ataupun belang di perut unta’. Akhirnya Nabi Muhammad berkata, ‘Aku berharap kamu menjadi sepertiga ahli syurga’.”
Imran bin Husain melanjutkan, “Aku tidak tahu, adakah Nabi Muhammad mengatakan dua pertiga ataupun tidak.” (Hadis laporan Tirmizi, Ahmad, Nasa`i, Hakim, Thabrani dan Humaid) Dalam hadis lain, Anas berkata, “Ketika wahyu Allah iaitu surah al-Hajj, ayat 1 hingga 2 itu diturunkan, Nabi Muhammad sedang dalam suatu perjalanan. Oleh sebab itu, beliau terpaksa mengeraskan suaranya supaya para sahabat dapat mendengar kata-katanya. Para sahabat segera mendekati beliau bagi mendengarkan wahyu itu. Lalu, Nabi Muhammad memberitahukan wahyu itu dan kemudian bertanya pada para sahabat, ‘Tahukah kalian, hari apakah itu? Pada hari itu, Allah menyeru pada Nabi Adam, ‘Berdirilah kamu dan perintahkan rombongan berangkat ke neraka. Daripada setiap 1,000 orang, 999 orang pergi ke neraka, sedangkan hanya seorang pergi ke syurga. Dengan demikian, kaum Muslimin berada dalam keadaan yang berat dan susah’.
Kemudian nabi berkata, ‘Bersungguh-sungguhlah kamu mendekatkan diri kepada Allah. Demi zat yang menggenggam jiwaku, jumlah kamu dibandingkan dengan jumlah seluruh manusia, laksana belang kecil di perut unta ataupun belang kecil di kakinya. Ada dua makhluk yang sentiasa bersama kamu iaitu Makjuj dan Yakjuj dan dalam segala hal, kedua-dua mereka ini sentiasa mengatasi jumlah kamu. Mereka menghancurkan jin dan manusia yang kafir’.” (Hadis laporan Tabrani, Hakim, Abu Ya’la dan Haitsami)
Daripada wahyu-wahyu Allah yang diturunkan, baik dalam surah al-Hajj ayat 1 dan 2 di atas mahupun dalam hadis yang dikemukakan tadi, kita dapat memahami dengan jelas mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah. Allah memberikan perintah yang cukup tegas kepada Nabi Adam sebagai manusia pertama ciptaannya bagi menghantar manusia yang ingkar ke neraka. Dengan demikian, kita mesti menanamkan tekad dan berusaha bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah supaya kita dapat menduduki tempat yang satu di antara seribu manusia.
 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.