KESEPADUAN IMAN & AMAL SALIH

KESEPADUAN IMAN & AMAL SALIH
RM 19.50 

Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
ISBN : 983-9422-53-7
Mukasurat : 198 Halaman
Status Stok : ADA





SINOPSIS :

Hubungan di antara Iman dengan amal, adalah hubungan antara budi dan perangai. Kalau kita percaya kepad aAllah tentu kita cinta kepada-Nya, tentu kita sudi berkorban menuruti apa yang terpakai dalam alam ini, adalah cinta palsu. Apatah lagi terhadap Allah, nescaya iman palsu, Islam palsu.

Memperakui diri seorang Islam padahal tidak mengerjakan solat lima waktu, cubalah fikirkan, betulkah pengakuan itu? Mendakwa diri seorang Islam, padahal enggan mengeluarkan zakat? Sebab apa? Apakah lantaran merasa bahawa harta itu bukan pemberian Tuhan? Mengakui diri seorang Islam, pahal enggan melakukan puasa Ramadhan. Apakah sebabnya? Bukankah ini lantaran pengakuan itu belum bulat? Lain di mulut lain pula di hati?

Anda hendak berjuang, menegakkan cita-cita Islam, dalam masyarakat, dalam negara, ekonomi, politik dan sebagainya, padahal solat lima waktu anda tinggalkan. Hal ini petanda rumah yang hendak anda bina itu, anda tegakkan di atas tiang yang lapuk. Atau anda mendirikan rumah tidak memakai tiang. Maka selamanya rumah itu tidak akan tegak. Rumah baru berdiri, apabila dimulai dari sendinya.

Demikian pula dalam beragama, harus dimulai dari sendinya. Jika tidak, petanda bahawa pengakuan belum betul, kepercayaan belum duduk, maknanya iman belum ada. Kalau iman belum ada, nescaya Islam pun belum ada. Cubalah tanyai hati sendiri. Apakah beratnya mengerjakan perintah?

... Demikian ungkapan Prof. Dr. Hamka dalam buku ini.
 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.