FORMULA SOLAT SEMPURNA
RM 28.00
Pengarang : Dr Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3494-98-9
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini
menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan
cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan
sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan
buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam
daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan
nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama silam dan semasa.
Aspek
ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan
masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman
Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan
baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini
akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini.
Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi
pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada
Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah
dan punca kehilangannya dewasa ini.
Agak sukar ditemui sebuah
buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat
berserta dali-dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini
begitu istimewa dam mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama
ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai dan bagi semua yang ingin
mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi'i atau lainnya.
No comments:
Post a Comment