RM 9.27
Pengarang : Nanie Safwan
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 978-983-3316-73-1
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
FATIHAH
seorang kanak-kanak cerdik dan periang telah berubah menjadi nakal,
tidak mendengar kata dan suka memberontak. Ini sebagai tanda protes
kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan mamanya. Dia sangat membenci Cikgu Helmi yang menjadi papa tirinya dan juga anak lelakinya, Aiman. Bagi Fatihah, mereka berdua telah merampas kasih sayang mama daripadanya.
Namun kehadiran Kitti
yang ditemui secara tidak sengaja telah mengubah sikap dan juga
pendirian Fatihah. Dia mula dapat menerima Aiman dan juga Cikgu Helmi di
dalam hidupnya. Dalam tidak sedar, Kitti banyak menyedarkan Fatihah
tentang kasih sayang sesama insan. Malah Kitti jugalah yang menjadi
sumber inspirasi Fatihah untuk lebih maju dalam pelajaran.
Kitti...
kucing comel yang sangat istimewa. Tapi sayang, kehadirannya tidak
disenangi oleh mama. Lalu apakah yang harus Fatihah lakukan? Bagaimana
dengan nasib Kitti selepas itu? Untuk mengetahui kisah seterusnya...
jangan lupa baca ‘HAI KITTI’.
No comments:
Post a Comment