RM 7.65
Pengarang : A Samad Said
Penerbit : PTS Fostuna Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5136-76-4
Mukasurat : 88 Halaman
Tahun Terbit : 2010
Status Stok : ADA
SINOPSIS :
Sudah
dua minggu cuti penggal bermula, namun Abu dan rakan-rakannya belum
membuat apa-apa perancangan aktiviti yang hendak dilakukan. Apabila Abu
mendengar Wak Salim mahu ke Pertak, terlintas fikirannya mahu mengikut.
Selepas berbincang, Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah berjumpa Wak
Salim dan menyatakan hasrat mereka. Wak Salim dengan tangan terbuka
mengajak mereka bersama.
Di
Pertak, Abu dan rakan-rakannya berkenalan dengan Munir dan adiknya,
Zaitun. Mereka mengajak Abu dan rakan-rakannya pergi ke kawasan air
terjun tidak jauh dari situ. Namun, untuk sampai ke kawasan air terjun
itu, ada dua jalan yang boleh mereka lalui. Satu jalan melalui jalan
raya manakala satu jalan lagi melalui hutan. Disebabkan Abu dan
rakan-rakannya sukakan cabaran, mereka memilih jalan hutan. Namun, Munir
memberi amaran kemungkinan jalan hutan yang mereka pilih itu ada bahaya
yang menanti. Ada banyak cakap-cakap orang kononnya ramai yang
terserempak dengan orang gila di jalan itu. Abu menjadi lebih
bersemangat untuk menyiasat!
Kandungan
Bab 1 Ingin Memujuk Orang Tua
Bab 2 Antara Kawan Boleh Bersatu
Bab 3 Orang Tua Ikut Menyanyi
Bab 4 Mereka Ikut Jalan Semak
Bab 5 Jangan Ikut Jalan Bahaya
Bab 6 Siapa Berada di dalam Pondok?
Bab 7 Jangan Duduk di bawah Tempurung
No comments:
Post a Comment