SYURGA & NERAKA

SYURGA & NERAKA
RM 18.00 

Pengarang : Sakinah Ariff Johor
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-967-86-0313-3
Mukasurat : 326 Halaman
Status Stok : ADA
 
 
 
 
SINOPSIS :
 
 Kepercayaan pada syurga dan neraka sebagai destinasi terakhir bagi orang mukmin dan kafir merupakan salah satu cabang keimanan pada hari kiamat. Sesiapa yang ingkar bahawa segala perbuatan baik dan buruk akan dibalas dengan nikmat dan azab di akhirat kelak, maka dia akan kufur dan keimanannya tertolak. Segala kenikmatan yang ada di syurga itu tidak pernah kita lihat dengan mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seorang hamba pun di dunia ini. Itulah sebaik-baik balasan atas kesabaran mereka selama di dunia.
Bagi penghuni neraka pula, mereka akan diseksa sekeras-kerasnya kerana meninggalkan suruhan agama, melakukan dosa, mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan serta melakukan maksiat terhadap ALLAH AZZA WA JALLA. Demikianlah janji ALLAH yang diulang-ulang dalam al-Quran dan sunnah Nabi-NYA. DIA amat menepati janji-NYA.
Buku ini memberikan huraian lengkap berbentuk soal jawab berkenaan dengan syurga dan neraka menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah dan pendapat ulama muktabar.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . NOVELLA ZONE. All rights reserved. Designed by Nanaliyana.